Tuesday, July 18, 2006

Bab 2 Mengenal Pasti Ciri-ciri Keusahawanan

2.1 Ciri-ciri Usahawan yang berjaya

Inisiatif dan bertanggungjawab
Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Komitmen yang tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

Orentasi Peluang (kesempatan) – Opportunity Orientation
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Kreatif dan Inovatif
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.

Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.

Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)
Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.

Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.

Toleransi terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.

Lebih Bertenaga(High level of Energy)
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.

Semangat Berpasukan (Team Building)
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

Berdikari (Independent)
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.

2.2 Usahawan Menilai Diri Sendiri (Entreprenuer Self-Assessment)

Terdapat banyak cara untuk menguji potensi seseorang untuk menjadi seorang usahawan. Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991) adalah antara yang menyediakan interaktif secara talian (online). Ia menyediakan ujian dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji tahap kita untuk menjadi usahawan.

Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang boleh menjadi usahawan atau tidak. Semua orang berpotensi untuk menjadi usahawan tanpa mengira umur, kaum, jantina, warna dan kerakyatan. Usahawan bukan diturunkan secara genetik (keturunan); kemahiran boleh dipelajari. Setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap keusahawanan. Itu pun kalau kita berminat untuk menjadi usahawan yang berjaya.

http://bizmove.com/other/quiz.htm

2.3 Perbezaan diantara Ahli Perniagaan (Businessman), Pengurus (Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)

a) Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan
Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan. Ini berdasarkan fakta, iaitu tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan. Walaubagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan. Terdapat beberapa perkara yang membezakan diantara ahli perniagaan dengan seorang usahawan.

Bab 1 Pengenalan Kepada Keusahawanan

“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

Peter F. Drucker

1.1 Evolusi Keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

Pada zaman permulaan

Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.

Pada zaman pertengahan

Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal(berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.

Abad ke 17

Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definasi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.

Abad ke 18

Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal

Abad ke 19 dan 20

Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

Abad ke 21

Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts

1.1 Konsep Keusahawanan

1.1.1 Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1) Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2) Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

1.1.2 Siapakah Usahawan?
Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dgn pengusaha, tetapi aku terjemahkan kepada perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan; mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut.

1.2 Kepentingan Keusahawanan

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

1.3 Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.

Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir
Walaupun usahawan lebih kepada aksi, mereka juga merupakan seorang pemikir. Mereka selalunya merancang sesuatu dengan teliti. Malah selalunya menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan yang asal mengalami kegagalan. Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir dan pelaksana (doers)

Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta
Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan siri usahawan adalah secara semula jadi. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh diajar dan dipelajari. Keusahawanan mempunyai model, proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik tersebut dipelajari

Usahawan selalunya seorang pencipta
Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan, namun terdapat banyak usahawan yang berjaya bukannya pencipta. Sebagai contoh Ray Kroc bukan pencipta francise untuk makanan segera, tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan McDonald sebuah syarikat makanan segera terbesar di dunia. Kejayaan usahawan bergantung kepada idea kreatif dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan ciri-ciri ini boleh dipelajari

Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial)
Kepercayaan ini timbul kerana adanya peniaga yang menjadi usahawan berjaya setelah berhenti dari sekolah atau berhenti dari kerja. Menurut sejarah, pendidikan dan organisasi sosial tidak mengesahkan (recognise) usahawan. Hari ini, usahawan tidak lagi dianggap sebagai seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri. Usahawan kini dilihat sebagai seorang profesional.

Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile”
Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap; ia hanya berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang yang telah berjaya. Hari ini, kita sedar untuk mencapai profil 100% seorang usahawan adalah perkara mustahil. Kebanyakkan usahawan yang berjaya hari ini tidak mempunyai kesemua ciri-ciri profil apabila memulakan perniagaan

Kesemua usahawan memerlukan wang
Ia adalah benar, semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Ia juga adalah benar, kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah ketidak cukupan pembiayaan. Untuk usahawan, wang adalah sumber tetapi bukan semuanya bergantung kepada wang

Semua usahawan bergantung kepada nasib
“berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan suatu kelebihan. Walau bagaimanapun “Keuntungan terjadi apabila persediaan menjumpai peluang”. Apa yang penting, seorang usahawan mestilah membuat rancangan, persediaan, tekad(kepastian), keinginan, pengetahuan dan inovatif

Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan
“Terlalu banyak perancangan dan penilaian berperanan memberikan masalah yang berpanjangan”. Kenyataan ini tidak benar untuk pasaran yang bersifat persaingan. Kunci utama untuk kejayaan adalah perancangan yang teliti dan persediaaan yang mencukupi. Usahawan perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, tetapkan masa serta sediakan rancangan untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan melalui perancangan yang teliti

Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.
Memang benar, kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan sebelum mereka memperolehi kejayaan. Usahawan belajar dari kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sebagai rujukan dan panduan mereka dimasa akan datang.

Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim
Risiko merupa elemen utama di dalam proses keusahawanan. Pada pandangan orang awam, kebanyakkan usahawan adalah penanggung risiko yang tinggi. Tetapi pada dasarnya, usahawan selalunya mencari informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan sebagai aktiviti. Ini bermaksud, usahawan selalu melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang akan berlaku

1.1 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia

Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Thursday, July 13, 2006

Bab 8 : Kesetiaan Kepada Syarikat

Pengenalan

Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada para pekerja mereka. Kesetiaan di sini bermaksud suatu kewajipan moral para pekerja untuk melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin, mematuhi arahan-arahan dari pegawai atasan, memelihara kerahsiaan maklumat syarikat dan mengelakkan sebarang perlakuan yang mungkin menjejaskan kepentingan syarikat.


8.1 Apakah Makna Kesetiaan

Loyalty is prized virtue, at least as far as employee are concerned


Apabila seorang menerima suatu pekerjaan dengan satu syarikat, dia perlu setia kepada syarikat tersebut, sama ada semasa berkerja disitu dan kadang-kala selepas meninggalkan syarikat tersebut.


8.2 Peniup wisel

Whistle blowing di dunia perniagaan adalah seseorang yang menuduh rakan sekerjanya, penyeliaan atau pegawai syarikat tindakan tidak sah atau tidak moral

Terdapat 2 jenis whistle blowing:

· Dalaman - Jika tuduhan dibuat melalui talian penyeliaan atau saluran yang tertentu di dalam syarikat tersebut.

· Luaran – Sekiranya tuduhan tersebut dilaporkan kepada orang luar atau agensi-agensi diluar syarikat, seperti pihak berkuasa atau kepada media.

Whistle blowing dibolehkan dalam keadaan di mana seseorang dalam syarikat membuat/membiarkan aktiviti-aktiviti yang mungkin membahayakan para pekerja, pemegang saham ataupun orang ramai. Satu-satunya cara untuk menghentikan perbuatan tersebut ialah dengan memaklumkan kepada penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat tersebut atau sekiranya saluran tersebut dihalang, aduan boleh dibuat terus kepada pihak berkuasa atau pihak media.
· Bilakah whistle blowing dibolehkan secara moral?
· Adakah ia satu tanggungjawab moral?

Memandangkan jawapan kepada persoalan-persoalan ini bergantung sama ada whistle blowing dalaman atau luaran, kita akan membincangkan jawapannya secara berasingan.


8.2.1 Internal Whistel Blowing (Peniup wisel dalaman)

Mungkin berlaku apabila seseorang pengurus mengesyaki pengurus lain,

· Memalsukan akaun perbelanjaan
· Mengambil bayaran balik yang diberikan oleh pembekal
· Menggunakan bahan atau kemudahan syarikat untuk tujuan peribadi
· Mencuri bekalan atau peralatan syarikat
· Bekerja sambilan dengan syarikat pesaing

Seseorang pekerja boleh menganggap dengan menyebarkan whistle blowing, ia menunjukkan kesetiaanya kepada syarikat.

Adakah menyebarkan whistle blowing untuk individu-individu yang melakukan aktiviti salah laku di atas dibolehkan?

Jawapannya “sudah tentu”, namun beberapa aspek perlu diambil kira:

· Kesan/akibat dari salah laku tersebut ke atas syarikat adalah besar/signifikan.

· Peniup wisel itu jelas dan yakin dengan fakta-faktanya. Tuduhan tidak berasas mungkin akan menjatuhkan reputasi tertuduh, walaupun akhirnya tuduhan itu terbukti tidak benar.

· Peniup wisel juga harus memastikan sama ada salah laku tertuduh sudah diketahui oleh pihak atasan, mungkin melalui audit luaran atau siasatan dari pihak sekuriti syarikat

· Peniup wisel mungkin berkesan sekiranya menyelia cuba sedaya upaya menghentikan salah laku tersebut kerana percaya salah laku itu serius sebagaimana yang dianggap oleh peniup wisel tersebut.
· Peniup wisel juga harus sedar akibat dan tindakkanya/kesannya ke atas reputasi dan prospeknya dalam syarikat tersebut atau dalam bidang perniagaan secara umumnya.

· Adakah tindakannya akan dilihat sebagai lambang kesetiaan? Perkara remeh yang diperbesarkan? Akibat dendam? Ataupun peluang untuk menfitnah rakan sekerja demi meningkatkan peluang sendiri dalam kenaikan pangkat? Adakah peniup wisel akan dianggap sebagai pencetus masalah walaupun mereka baik?

· Akhir sekali, pengurus mungkin akan menyedari bahawa dalam beberapa keadaan (seperti menggunakan bahan/peralatan syarikat untuk kegunaan peribadi) mereka cuma perlu berhadapan dengan pesalah/tertuduh tersebut untuk menghentikan kegiataannya.


Adakah ia suatu kewajiban moral untuk menyebarkan whistle blowing terhadap rakan sepengurus yang lain?

Jawapan untuk persoalan ini bermula dengan mengatakan siapakah yang paling berkewajiban untuk mengawasi dan menyiasat sebarang tindakan meragukan yang dilakukan oleh para pekerja?

Sekiranya seorang pengurus menandatangani persetujuan dengan syarikat menyatakan kewajiban mereka untuk melaporkan melalui saluran-saluran sewajarnya, sebarang salah laku yang dikesan, maka ia menjadi satu kewajiban moral untuk menyebarkan whistle blowing tersebut mengikut keperluan. Tetapi perjanjian seperti ini adalah suatu yang sangat jarang didapati.

8.2.2 External Whistle Blowing (Whistle blowing Luaran)

Berlaku apabila pengurus/pekerja membuat laporan mengenai salahlaku syarikat kepada pihak berkuasa atau pihak media

· Bilakah tindakan ini diizinkan?
· Adakah ia suatu kewajiban?

Sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam ‘whistle blowing dalaman’ sebelum ini, berapa aspek ini perlu diperhatikan sebelum whistle blowing luaran dibolehkan.

· Harus dipastikan bahawa usaha telah dijalankan untuk memaklumkan salah laku tersebut kepada saluran dalaman syarikat terlebih dahulu. Pihak berkenaan harus diberikan peluang untuk menjelaskan tindakan mereka sebelum ia dimaklumkan kepada orang luar/orang ramai.

· Juga harus dipastikan bahawa pihak luaran seperti audit luar atau badan penguatkuasa lain gagal atau enggan melaporkan salah laku yang berlaku,

· Kes-kes besar seperti penipuan, penggelapan wang, keadaan kerja yang tidak selamat atau pembuangan bahan merbahaya yang membahayakan pemegang saham, pekerja ataupun orang ramai secara umumnya, harus diketengahkan.

· Tahap kerosakan yang mungkin diakibatkan oleh penyebaran whistle blowing luaran tersebut adalah sebanding dengan kesan yang mungkin diakibatkan oleh salahlaku tersebut terhadap syarikat.

Hanya setelah perkara-perkara ini diambil kira, barulah whistle blowing luaran diizinkan.

Adakah whistle blowing luaran menjadi suatu kewajiban moral? Kewajipan utama untuk pencegahan dan kesalahan menipu menjadi tangunggjawab penyelia. Seorang pengurus dalam operasi syarikat, semakin besar kewajiban yang dipikulnya. Seorang pengurus akan berkewajiban unyuk melaporkan salah laku kepada pihak luar sekiranya ia melibatkan sesuatu yang serius dan telah terbukti bahawa pengawasan yang sepatutnya masih gagal menghentikan salahlaku tersebut.

Di Amerika, peniup wisel oleh kakitangan kerajaan adalah dilindungi di sisi undang-undang dari dilucutkan jawatan. Kerajaan berpendapat peniup wisel sebagai seorang yang melaksanakan kesetiaannya kepada syarikat. Dalam sektor swasta pula, penyebar maklumat hanya dianggap sebagai pemberi maklumat ‘informer’.

8.3 The Morality of Firing Whistle Blowers
(Memecat peniup wisel)


Adakah syarikat dibenarkan untuk memecat, menurunkan pangkat atau memendekkan tempoh perkhidmatan peniup wisel? Tiada undang-undang yang membolehkan peniup wisel untuk dipecat sekiranya terbukti bahawa mereka melaporkan salah laku yang benar-benar berlaku dan telah cuba untuk melaporkan melaluu saluran yang sepatutnya dan hanya melaporkan kepada pihak luar sebagai satu langkah terakhir.

Sesebuah syarikat dibolehkan mengambil tindakan ke atas pekerja yang dengan sengaja menipu mengenai sesuatu kes, memberikan maklumat palsu agar sesuatu kejadian itu kelihatan lebih serius berbanding keadaan sebenar ataupun menyebarkan whistle blowing hanya sebagai satu langkah membalas dendam ke atas rakan sekerja atau penyelia, ataupun sebagai satu langkah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap polisi syarikat yang tidak dipersetujuinya ataupun melakukkanya untuk memburuk pesaing rakan sejawatan yang sedang bersaing untuk satu jawatan yang sama.

Peniup wisel, sama ada dalaman atau luaran dianggap melakukan sesuatu yang bermoral sekiranya mereka berniat untuk menghalang sebarang musibah yang mungkin berlaku kepada orang ramai atau ke atas alam sekitar. Musibah yang mungkin dibenarkan oleh pegawai-pegawai syarikat. Maka adalah sesuatu yang tidak adil dan jelas tidak bermoral untuk menghukum seseorang yang melakukan tindakan yang bermoral semata-mata untuk membalas dendam atau mengambil hati pihak atasan yang tidak suka perbuatan yang tidak suaka perbuatan ‘membuka pekung di dada’ dalam syarikat mereka.


8.4 Apa yang tidak dimaksudkan dengan kesetiaan.

Kadang-kadang pengurus beranggapan bahawa kesetiaan itu termasuklah perbuatan ‘menutip’ kesalahan serius atau salahlaku yang dilakukan oleh bos. Tanggapan ini adalah tanggapan yang salah.

Seseorang pengurus bertanggungjawab secara terus kepada pemilik perniagaan dan ia adalah sesuatu yang menyalahi tanggungjawab sekiranya mereka menutup tindakan penyelia yang mungkin memberi kesan buruk keatas kepentingan pemilik peniagaan.

Pekerja harus melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh penyelia mereka dan memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Mereka juga bertanggungjawab untuk memaklumkan majikan mengenai tindakan seseorang pekerja atau sekumpulan pekerja yang mungkin memberi kesan buruk ke atas operasi majikan. Tetapi, salahlaku majikan juga tidak seharusnya dibiarkan.


Ringkasan

Isi penting untuk diingati:

· Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan pekerja mereka.

· Pengurus mempunyai kewajiban moral untuk setia kepada majikan mereka sekiranya kesetiaan itu bermakna menyempurnakan sebaiknya, mematuhi arahan pihak atasan, memelihara kerahsiaan maklumat syarikat dan mengelakkan sebarang pelakuan yang bertentangan dengan kepentingan syarikat.

· Pekerja tidak perlu setia kepada majikan yang melakukan jenayah atau tindakan tidak bermoral seperti membuang sisa toksid di kawasan bekalan air, menyiarkan iklan palsu, menganggu, memendekkan tempoh perkhidmatan atau memecat pekerja tanpa sebab yang berkaitan dengan pekerjaan.

· Pengurus/pekerja tidak harus menggunakan kesetiaan sebagai rasional/alasan untuk mereka bersubahat dengan pihak atasan melakukan tindakan salah laku.

· Keputusan untuk menyebarkan whistle blowing kepada pihak luar syarikat dibolehkan sekiranya aduan menggunakan saluran dalaman telah dilakukan atau sekiranya pihak atasan syarikat telah dimaklumkan mengenai salah laku yang berlaku tetapi enggan mengambil tindakan atau membetulkan keadaan yang mungkin boleh menyebabkan bahaya ke atas pemegang saham para pekerja ataupun kepada orang ramai.

· Peniup wisel yang mendedahkan salah laku dalam syarikat yang melibatkan kes-kes yang serius yang membahayakan orang ramai atau alam sekitar dan ianya tidak boleh diberhentikan melalui saluran aduan dalaman syarikat tidak seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak atasan syarikat. Mengambil tindakan sedemikian ke atas peniup wisel yang melakukan sesuatu yang dianggap benar adalah sesuatu yang tidak adil.
Tanggapan bahawa kesetiaan itu termasuklah menutup kesalahan dan tingkah laku yang dilakukan oleh pihak atasan adalah satu tanggapan yang salah.

Bab 7 : Privasi Pekerja

Pengenalan

Syarikat pastinya ingin melindungi kepentingannya, pekerja mereka dan pelanggan mereka dari sabarang musibah yang boleh dielakkan. Kerana itu, mereka percaya perlu mengetahui sejarah dan tabiat para pekerja mereka untuk mengelakkan penipuan, pembocoran maklumat sulit syarikat atau tindakan merbahaya pekerja mereka yang mungkin dilakukan akibat pengaruh alkohol dan dadah.

Adakah syarikat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat-maklumat sebegini atau adalah ia akan dianggap pencerobohan privasi pekerja meraka? Inilah isu yang akan dibincangkan dalam bab ini.


Objektif

Pada akhir bab ini, anda akan mampu:

1. Mengenal pasti hak-hak pekerja untuk privasi
2. Mengenal pasti dasar moral yang digunakan oleh syarikat dalam mengupah pekerja
3. Mengenal pasti contoh-contoh yang memungkinkan pencabulan privasi dibuat


7.1 Respecting Empolyee’s Rights to Privacy
(Menghormati hak Pekerja untuk Privasi)

Semua syarikat mempunyai hak untuk melindungi kepentingan syarikat dari penipuan, kebocoranmaklumat sehinggalah kerosakkan ke atas kemudahan syarikat, pekerja, pelanggan atau pengguna awam yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Menyedari pekerja mungkin menjadi punca kerosakkan ini, pengurus sentiasa perlu mengetahui sejarah peribadi pemohon-pemohon pekerja ke syarikat mereka. Sesetengah syarikat melaksanakan ujian pra-pekerjaan untuk melihat sejauhmana kejujuran pekerja mereka. Ujian polygraph (ujian mengesan pembohongan) contohnya, pernah digunakan oleh sesetengah syarikat untuk memantau calon pekerja mereka tetapi amalan itu kini dianggap menyalahi undang-undang.

Setakat mana majikan boleh menguji mereka?

Pengurus juga mungkin mahu memantau atau menghadkan aktiviti harian pekerja mereka untuk memastikan mereka tidak mengancam syarikat.

· Persoalannya, sejauh mana pengurus boleh menceroboh privasi pekerja atau calon pekerja mereka atas nama menjaga kepentingan syarikat?

· Adakah hak syarikat untuk melindungi kepentingan mereka akan sentiasa lebih diutamakan berbanding hak pekerja untuk mendapatkan privasi?


7.2 Substance Abuse

Tiada syarikat yang mahu d iletakkan dalam kedudukan yang terancam akibat pekerja mereka yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka kerana pengaruh dadah dan arak. Akibat penyalahgunaan dadah dan arak yang semaikn teruk sekarang ini, ramai majikan takut mereka terambil pekerja yang ketagih arak atau dadah. Kerana itu, ujian penggunaan dadah menjadi sebahagian dari keperluan dalam pengambilan pekerja baru dalam kebanyakkan perniagaan. Persoalannya, adakah syarikat mempunyai hak untuk melaksanakan ujian sebegitu?

Privasi bukanlah sesuatu yang langsung tidak boleh ‘dicerobohi’. Seseorang pemohon kerja akan sanggup menjalani ujian pengesanan penyalahgunaan dadah untuk membuktikan bahawa dia seorang pekerja yang berpotensi dan bukannya ancaman ke atas syarikat.

Demikian juga, jelas bahawa tindakan menjalankan ujian sebegini dibolehkan dari sudut moral memandangkan ia boleh dianggap satu langkah keselamatan apatah lagi bila ia melibatkan keselamatan pelanggan dan para pekerja lain. Bagaimanapun majikan yang ingin melaksanakan ujian sebegini harus memastikan bahawa:

· Ujian itu tepat. Pekerja juga boleh mengemukakan bukti (dalam kes tertentu) bahawa dia mengambil sejumlah ubat/dadah yang tidak dilarang atas nasihat doktor.

· Hasil ujian tersebut adalah sulit dan hanya boleh diketahui oleh orang-orang dalam syarikat yang berhak untuk tahu sahaja.

Sekiranya aspek-aspek tadi tidak diambil berat oleh majikan, maka meraka juga tidak berhak untuk menjalankan ujian tersebut.
Bagaimana dengan menjalankan ujian ke atas pekerja sedia ada?

Prinsip “Probable cause” berkemungkinan boleh dipakai. Prinsip ini membawa maksud ujian penyalahgunaan dadah sah dilaksanakan hanya sekiranya pihak majikan benar-benar pasti bahawa mutu kerja seseorang pekerjanya itu telah merosot akibat pengaruh dadah.

· Penyelia-penyelia pekerja telah dilatih dengan menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mengenal pasti tanda-tanda penyalahgunaan.

· Ia juga bermaksud ujian ‘after the fact’ iaitu ujian dilaksanakan selepas pekerja itu terlibat dengan kemalangan yang mencederakan orang lain atau kerosakkan harta benda yang agak besar.

· Ia mungkin memberikan sedikit kelegaan sekiranya dapat mengenal pasti pekerja yang telah mengakibatkan kemalangan maut di udara, keretap atau bas adalah diakibatkan mereka di bawah pengaruh dadah atau arak.

Kesimpulan ini menjelaskan mengapa majikan kadang-kadang terpaksa menjalankan ujian segegini secara rawak ke atas para pekerja mereka. Apatah lagi bidang kerja yang melibatkan kehilangan nyawa atau kemusnahan harta benda yang tinggi sekiranya pekerja mereka melakukan kesilapan.

Adakah ujian rambang begini dibolehkan? Ada uda keadaan dimana ia boleh dilaksanakan.

· Prasangka yang berasas bahawa seseorang pekerja itu ketagih dadah.

· Bukti sahih secara statistik yang menunjukkan kejadian penyalahgunaan dadah oleh pekerja tersebut.

Ujian sebegini harus dijalankan terutama dalam pekerjaan yang melibatkan keselamatan pekerja lain, pelanggan atau orang ramai secara umumnya mungkin terancam akibat kesilapan pekerja tersebut. Sekiranya ujian rambang sebegini memastikan ujian yang memuaskan hati semua pihak, ia dibilehkan secara moral selagi semua pekerja secara adil, berpeluang menjalani ujian tersebut.



7.3 Abusing Employees (Penderaan Pekerja)

Mungkin agak jarang berlaku seorang boss mengamuk dan mencaci maki pekerja bawahan mereka di hadapan pekerja-pekerja lain dalam satu mesyaurat/perjumpaan syarikat. Pekerja juga mungkin diancam akan kehilangan pekerjaan sekiranya tidak bersetuju mengenai:

· Memalsukan penyata kewangan

· Melayan permintaan hubungan seks dengan boss

· Lari dari tugas juri awam di mahkamh (di US sahaja)

· Membuat sumpah palsu bagi pihak syarikat

Contoh-contoh di atas adalah pelanggaran privasi yang sangat jelas. Memang perlu untuk memaklumkan kepada para pekerja sekiranya prestasi kerja mereka tidak memuaskan. Tetapu, ia bukanlah sesuatu yang harus diketahui oleh pekerja lain atau pegawai atasan yang tidak berkaitan secara terus dalam proses menyelia pekerja tersebut. Ia tidak harus dihebahkan.

Semua orang berhak untuk mempunyai reputasi yang baik. Mengancam pekerja supaya melanggar undang-undang adalah satu bentuk pencerobohan privasi pekerja, malah ia boleh menyebabkan mereka serba salah dan berada dalam keadaan yang merbahaya dari segi undang-undang.

Pihak Natural Law atau sesiapa juga yang mengutamakan hak manusia, contoh-contoh yang diberikan di atas adalah contoh penderan pekerja, pelanggaran hak asasi manusia, respek ke atas manusia dan kerana itu dianggap tidak bermoral. Besar kemungkinan. Pihak ‘Utilarian Moralist’ juga tidak akan bersetuju dengan penderaan sebegini ataupun mendakwa ia akan memberikan hasil yang memberikan hasil yang memuaskan akhirnya. Bagi pihak cultural relativism pula, pastinya tiada satupun adat atau kebiasaan masyarakat yang membenarkan perlakuan sebegini di tempat kerja.



Kesimpulan

Isi-isi penting yang berkaitan dengan privasi pekerja boleh diringkaskan seperti dibawah:

· Syarikat ingin melindungi kepentingan mereka, pekerja dan pelanggan mereka dari musibah yang boleh dielakkan. Kerana itu, mereka perlu mengetahui maklumat terperinci mengenai sejarah silam dan tabiat/perangai pekerja mereka untuk mengelakkan penipuan, pencurian atau tindakan merbahaya yang mungkin dilakukan oleh pekerja mereka.

· Ujian rambang boleh dilaksanakan hanya sekiranya ada bukti kukuh menunjukkan sejumlah pekerja menyalahgunakan arak atau dadah terlarang.

· Mencacimaki pekerja dikhalayak ramai kerana prestasi kerja yang tidak memuaskan adalah satu bentuk pencabulan privasi mereka. Semua orang berhak menjaga reputasi mereka dan hanya orang yang tertentu sahaja yang seharusnya dimaklumkan mengenai prestasi yang kurang memuaskan seseorang pekerja.

· Mengancam seseorang pekerja kerana enggan melakukan sesuatu yang tidak bermoral atau salah di segi undang-undang akan mengakibatkan mereka berada dalam keadaan merbahaya di sisi undang-undang dan ia juga satu bentuk pelanggaran privasi pekerja.

· Pihak natural law moralist akan menganggap semua jenis penderaan pekerja sebagai tidak bermoral sementara pihak utilarian moralist akan membenarkannya HANYA sekiranya terbukti hasil akhirnya membawa kebaikkan. Manakala pihak cultural relativist pula menilainya sekiranya komuniti dimana penderaan pekerja ini berlaku dapat bertolak ansur dengan perbuatan penderaan.

Bab 6 : Prinsip Dimensi Sistem Ekonomi

Pengenalan

Sistem ekonomi adalah proses berterusan di mana manusia bertukar barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi segala kehendak mereka.

Dimensi moral dalam sistem ekonomi ujud apabila aktiviti ekonomi (dimana sumber yang diperolehi dan dimanipulasi, barangan dan perkhidmatan saling bertukar dan diagihkan) memberi kesan terhadap manusia.

Semua orang harus memperolehi sumber fizikal untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi, teknologi, estetika, intelek dan keperluan rohani mereka untuk berkembang menjadi seorang manusia. Sistem ekonomilah yang menyediakan ruang untuk perolehan ini.

Sumber diperolehi secara mewah dari alam semulajadi. Tiada seorang manusia pun yang mempunyai hak yang istimewa ke atas sumber-sumber tersebut. Keperluan, kebolehan dan keinginan untuk mengusahakan sumber tersebut menjadi petunjuk bagaimana produk dan sumber-sumber tersebut akan dihasil dan diedarkan. Jadi tidak semestinya semua manusia akan mempunyai syer yang sama rata ke atas sumber atau produk-produk itu. Apa yang perlu ialah. Semua manusia demi kebaikkan manusia sejagat, diberikan peluang yang sama rata untuk memperolehi dan menggunakannya dan juga setiap manusia akan sentiasa mempunyai syer yang minimum untuk itu.

Sistem ekonomi yang bermoral akan memastikan keadilan yang akan memastikan perolehan sumber serta pengagihan barang dan perkhidmatan.

Ia akan menghalang sebarang halangan ciptaan manusia seperti diskriminasi yang tidak berasas yang mengganggu perolehan seseorang ke atas keperluan materialnya.

Ia akan memastikan tiada kumpulan manusia dalam sistem akan mempunyai kelebihan yang melampau dalam pembahagian bahagian sumber – semua manusia berhak untuk bahagian yang ‘adil’.

Masyarakat yang beroperasi dengan sistem ekonomi mempunyai kewajipan untuk memastikan kerajaan dan agensi-agensi sosial mereka untuk mengatur semula agihan sumbernya setiap kali berlaku pengagihan yang tidak adil di kalangan ahli-ahli masyarakatnya.

Objektif:

Selepas bab ini anda seharusnya mampu:
Menjelaskan mengenai pengurusan yang baik, hak-hak pekerja, gaji yang setimpal dan faktor-faktor penentu yang berkait.
Mengenalpasti hak-hak pengurus, pekerja dan pemegang-pemegang saham yang berkerja dalam sesebuah syarikat.


6.1 Employment and Wages (Pekerjaan dan Upah)

Pengurus yang baik mampu menarik individu-individu yang berkemampuan ke dalam perniagaan mereka, memastikan mereka tidak berpaling tadah (bertukar kerja) dan taat setia kepada syarikat dan matlamat syarikat, dan juga mampu mengekal dan meningkatkan produktiviti mereka sekiranya berkemampuan.

Perniagaan yang mahu mengekalkan pekerja-pekerja mereka yang berkebolehan seharusnya mampu menawarkan gaji yang kompetitif (mampu bersaing) bersama dengan liputan insuran kesihatan, simpanan dan pelan pencen sebagai sebahagian dari pakej asas gaji mereka. Untuk memotivasikan dan memuaskan hati para pekerja, pengurus juga harus;

Menyediakan latihan sama ada di dalam dan di luar waktu kerja kepada para pekerja mereka.

Memberi maklumbalas sekiranya mutu kerja pekerja mereka didapati berkesan.

Membenarkan mereka (pekerja) mengambil bahagian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan struktur dan objektif kerja mereka dan bagaimana kualiti kerja mereka dalam kerja atau tugasan-tugasan tersebut akan dinilai.

Menyediakan peluang kepada mereka untuk naik pangkat.

Menyediakan suasana kerja yang selamat untuk mereka berkerja.

Walaupun semua amalan ini menunjukkan konsep ‘pengurusan yang baik’, ia juga masih mempunyai dimensi moral. Pengurus sesebuah syarikat mungkin tidak mengendahkan atau malah menyalahgunakannya demi kepentingan syarikat. Tindakan-tindakan ini adalah salah di segi moral kerana ia melibatkan satu bentuk ketidakadilan dan penganiayaan kepada individu-individu lain.

Jadi, apakah hak-hak yang seharusnya dituntut oleh para pekerja terhadap majikan mereka berhubung aspek pekerjaan dan gaji? Mari kita mulakan dengan hak pekerja dan gaji yang setimpal dalam penjelasan berikutnya.

6.1.1 Adakah terdapat hak moral untuk pekerjaan?

Sejak 10 tahun atau lebih kebelakangan ini, banyak terdapat ladang dan industri di Amerika yang dipilih dan diarah supaya memberhentikan ataupun memindahkan operasi atau mengurangkan tenaga kerja mereka menyebabkan ribuan orang menganggur. Kebanyakkan pekerja yang diberhentikan ini terpaksa berkerja dengan majikan baru dalam bidang yang berlainan. Satu kesan kejatuhan ekonomi, sebahagian daripada mereka juga menerima tamparan hebat dalam aspek psikologi dan jiwa mereka.

Lihat carta di bawah.
Pekerja bekerja pada majikan baru
Beribu pekerja
diberhentikan
Kesan untuk penutupan, penempatan semula dan mengecilkan untuk syarikat America.
Kehilangan Ekonomi dialami
Kerjaya berlainan
Kesan psikologi keatas harga diri pekerja


Sesetengah orang mungkin mendakwa bahawa pekerja yang terlibat di dalam penutupan ini, penempatan semula dan pengurangan pekerja juga mengalami suatu pencabulan hak sah mereka untuk bekerja, tetapi dakwaan ini harus menjawap soalan ini. Adakah hak moral ini wujud?” dan kepada siapakah sebenarnya dakwaan ini boleh dituntut/diutarakan.

Sesetengah daripada kita mungkin dapat meneruskan/menjalani kehidupan dengan bertani dan memburu tetapi kebanyakkan daripada kita yang hidup di negara maju dan moden, memperolehi keperluan hidup dengan ‘berkerja’.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, bahawa semua manusia mempunyai hak moral untuk mendapatkan dan menggunakan sumber material untuk memastikan kehidupan mereka berada pada tahap keperluan fizikal dan psikologikal yang mencukupi. Nampaknya, sekiranya kebanyakkan orang terlibat dalam sistem ekonomi yang melihat ‘bekerja’ sebagai cara untuk mereka memperolehi sumber-sumber tersebut, maknanya mereka mempunyai hak moral untuk pekerjaan, sistem ekonomi harus menyediakan mereka pekerjaan

Dalam sistem ekonomi kapitalis, seperti Amerika, sektor swasta menawarkan paling banyak peluang pekerjaan. Ini bermakna tanggungjawab memenuhi hak moral pekerjaan ini dibebankan kepada majikan swasta.

Persoalannya; adakah semua perindustrian dan perniagaan berkewajipan untuk memberikan pekerjaan kepada sejumlah minimum orang untuk mencapai tahap pekerjaan yang dipersetujui dalam masyarakat di mana operasi mereka dijalankan.

Jawapannya “TIDAK” kerana masyarakat telah mengadaptasikan satu sistem ekonomi yang secara semulajadi memerlukan kebebasan yang meluas dalam pengurusan komersilnya, bertujuan untuk memperolehi keuntungan yang maksimum untuk ahli-ahlinya. Dalam sistem kapitalis, kebebasan ini termasuklah;

· Hak untuk mengupah/mengaji tetap, hanya pekerja yang diperlukan iaitu mereka yang dapat memenuhi tuntutan perniagaan dan dapat beroperasi secara berkesan pada keuntungan yang memuaskan

· Ia juga termasuk hanya mengambil pekerja yang mempunyai pendidikan, kemahiran dan kewibawaan yang layak untuk melaksanakan sesuatu operasi perniagaan tersebut.
Antara andaian yang dibuat disini ialah:

1. Pilihan untuk hidup dalam sistem kapitalis boleh dipilih sebebasnya oleh anggota-anggota masyarakat sama ada melalui satu proses demokrasi atau melalui kontrak sosial yang tersembunyi.

2. Dalam erti kata lain, masyarakat yang terus hidup dalam sistem ini tanpa protes (bantahan) secara politik, secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka memilih sistem ekonomi tersebut (yang berbentuk kapitalis).

3. Berdasarkan andaian ini, kebebasan pada majikan untuk mengupah dan mendapatkan pekerja yang layak sahaja bermaksud tiada seorang pun ahli masyarakat yang boleh menuntut secara moral ke atas sebarang pekerjaan tertentu yang ditawarkan di dalam sektor swasta.

6.1.2 Fair Hiring Practices (Amalan mengambil/melantik pekerjayang adil)

Ahli-ahli moral Undang-undang semula jadi (natural-law moralist) atau sesiapa jua yang menyakini mengenai Teori moral yang berasaskan hak manusia akan mengatakan:

· Walaupun majikan tidak bertanggungjawab untuk mengaji individu tertentu untuk sesuatu pekerjaan tertentu, tetapi amalan menyaring pekerja berdasarkan bangsa, jantina umur atau agama dianggap tidak bermoral dan melanggar hak semua manusia yang seharusnya dilayan secara sama rata sebagai individu.

· Oleh itu para majikan seharusnya tidak mendekriminasikan ciri-ciri yang telah disebutkan sekiranya ia tidak berkait secara langsung dengan apa prestasi pekerja berkenaan.

Pihak Utilitirian akan (the Utilitirian would):

· Akan mempunyai kesimpulan yang sama, walaupun pendapat mereka akan berasaskan kepada keseluruhan kesan amalan tersebut.


Pihak ‘Cultural relativist’ akan:

· Akan mendakwa bahawa sekiranya tiada undang-undang untuk menentang diskriminasi, maka pengambilan pekerja dan polisi kenaikan pangkat mestilah mengikut adat yang boleh diterima oleh masyarakat tersebut.

Adakah agensi pekerjaan dianggap salah disegi moral sekiranya mereka menuruti amalan anti diskriminasi tetapi enggan menghantar kaum minoriti atau pemohon lain untuk temuduga bagi jawatan-jawatan yang mereka layak? Adakah kerjasama mereka dalam hal ini akan dilihat sebagai bersifat rasmi atau sekadar demi keuntungan semata-mata?

Pihak ‘Natural law moralist’ akan:

· Menganggap ia sebagai suatu amalan yang rasmi kerana agensi-agensi terbabit telah bersetuju bertindak ejen mencari pekerjaan kepada pelanggannya. Dari itu tindakan di atas dianggap tidak bermoral

Pihak ‘Utilitirian’ pula beranggapan sebaliknya:

· Menilai akibat yang mungkin berlaku ke atas agensi-agensi pekerjaan terbabit seperti mungkin akan kehilangan pelanggan sekiranya mereka enggan bekerjasama dalam amalan anti diskriminasi. Mereka juga akan cuba menilai sama ada kerjasama itu akan membantu mereka mendapatkan perjanjian kerja yang lebih menguntungkan kelak.

Pihak Cultural relativist pula akan:

· Akan menyetujui amalan diskriminasi tersebut hanya sekiranya ia (amalan diskriminasi) itu adalah satu amalan yang diterima sah dalam masyarakat dan ia tidak bertentangan dengan undang-undang.



6.1.3 Affirmative Action and Preferential Treatment
(Tindakan Pengesahan dan Layanan Istimewa)

Ada banyak interpretasi bagi maksud ‘affirmative action’ ini.

Ia boleh wujud dalam banyak cara seperti menentukan berapa jumlah pekerja dari kaum minoriti yang boleh dinaikkan pangkat dalam suatu jangkamasa yang ditentukan, jumlah mereka akhirnya akan sebanding dengan jumlah pekerja dari kaum lain yang terdapat di dalam masyarakat. Ini adalah untuk memenuhi prinsip bahawa pekerjaan dan peluang kenaikan pangkat terbuka kepada semua tanpa mengira jantina, bangsa, agama, umur atau kecacatan.

Besar kemungkinan kedua-dua pihak Natural Law dan Utilitirian akan bersetuju bahawa:

· Semua orang harus mempunyai peluang yang sama rata untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang mereka layak dan seterusnya mengunakan konsep tindakan pengesan ‘affirmative action’ ini.

Pihak ‘Cultural relativist’ akan:

· Sebaliknya menggunakan amalan kebiasan masyarakat dan sama sekali tidak akan bersetuju dengan idea peluang sama rata.

Tetapi bagaimana pula dengan layanan istimewa (juga dikenali sebagai ‘setting quotas’ menetapkan kuota) iaitu amalan memberi keutamaan dalam mengupah atau menaikkan pangkat kaum minority berbanding pekerja pekerja dari kumpulan bukan minority?

Amalan ‘layanan istimewa’ dan kenaikan pangkat sebenarnya telah melanggar perkara yang mereka perjuangkan iaitu pemilihan individu-individu semata-mata berasaskan ciri yang sama sekali tidak berkaitan dengan prestasi atau fungsi sesuatu pekerjaan. Menetapkan suatu angka jumlah tertentu (kuota) untuk kaum minoriti adalah melanggar prinsip ini.

Apa yang perlu dilaksanakan ialah polisi yang memberikan peluang sama rata serta memilih pekerja semata-mata kelayakkannya untuk jawatan tersebut. Kecuali sebuah kes pra-suasion/tertentu dapat dibuat untuk permulaan dan mengikut layanan istimewa hanya dalam satu tempoh yang ditetapkan.


Jadual 6.1 Perbandingan antara Affirmative Action dan Preferential Treatment

Affirmative Action
Preferential Treatment
Pekerjaan dan peluang kenaikan pangat terbuka kepada semua tanpa mengira jantina, bangsa, agana, umur dan sebagainya
Juga dikenali sebagai ‘Setting Quotas’ – menetapkan kuota, amalan mengutamakan menggaji atau menaikkan pangat individu dari kelompok kaum minoriti berbanding individu dari kaum bukan minoriti.


6.1.4 Wages (Upah)

Upah/gaji pekerja biasanya ditentukan oleh pasaran dan ia bertujuan untuk menarik minat orang untuk menjadi pekerja ataupun untuk mengekalkan pekerja yang berkebolehan.

· Dalam industri yang besar, boleh diandaikan bahawa gaji kompetatif ialah gaji yang merangkumi gaji pokok dan juga bonus, serta faedah-faedah lain seperti cuti bergaji, melancong, cuti sakit, insuran perubatan dan pergigian dan juga pelan simpanan dan persaraan.

· Dalam industri kecil, upah hanyalah apa jua yang mampu diberikan oleh syarikat, faedah-faedah lain mungkin termasuk ke dalam pakej upah ataupun tidak ianya terpulang kepada majikan.

Bagaimanakah upah yang dikatakan ‘layak’ dan setimpal untuk para pekerja? Adakah mereka berhak untuk mendapatkan faedah sampingan selain daripada gaji asas yang diberikan? Pekerjaan adalah satu-satunya cara untuk individu-individu pekerja memenuhi keperluan hidup mereka. Ini bermakna pekerjaan itu sekurang-kurangnya dapat menyediakan upah dan faedah yang mampu memberikan satu kehidupan yang selesa kepada para pekerja. Sememangnya semua jenis pekerjaan hanya akan membayar upah yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh seseorang individu, manakala kadar upah pula akan di’standard’kan oleh pihak kerajaan yang bertanggungjawab memastikan pekerja mendapat upah yang adil. Kadar atau ‘standard’ upah ini akan ditentukan berdasarkan statistik-statistik ekonomi seperti hasil kajian, berapakan jumlah pendapatan minima untuk menyara keluarga yang mengandungi 4 orang ahli?

6.15 Equal Pay for Equal Work
(Upah yang sama untuk kerja yang sama)

Konsep ‘upah yang sama untuk kerja yang sama’ telah diterima pakai sebahagian dari undang-undang buruh Amerika Syarikat.

Pekerja yang melaksanakan satu jenis pekerjaan yang sama mestilah mendapat gaji yang sama kecuali didapati sesetengah daripada mereka dapat melaksanakan kerja mereka dengan lebih pantas atau lebih cekap kerana mereka lebih berpengalaman. Ini memberikan mereka hak untuk mendapatkan upah yang lebih berbanding pekerja baru walaupun mereka membuat kerja yang sama.

Bangsa, jantina, umur, kecacatan bukanlah suatu yang boleh dijadikan halangan untuk para pekerja mendapat upah/gaji yang sama rata dan adil.

Adakah keadilan sosial menetapkan bahawa pekerja mempunyai tanggungan (anak/isteri) yang lebih ramai harus dibayar lebih tinggi berbanding pekerja yang tidak mempunyai tanggungan walaupun mereka membuat kerja yang sama?

· Amalan ini kelihatannya mustahil dilakukan/diterima di Amerika. (NOTA: Konsep ini pernah digunakan oleh Pertubuhan Al-Aqram dahulu)

· Pekerja tanpa tanggungan pastinya akan memastikan majikan mereka membayar upah berdasarkan kerja yang dilakukan tanpa mengambil kira/dipengaruhi oleh faktor-faktor keadilan sosial.

· Sekiranya hal ini menjadi isu, pihak yang dipertanggungjawabkan ialah masyarakat itu sendiri. Jabatan Kebajikan Masyarakat atau program-program subsidi keluarga mungkin perlu diwujudkan dan tanggungjawab itu seharusnya dipikul bersama oleh semua anggota masyarakat secara adil.


6.1.6 Equal Pay for Comparable Work
(Upah Sama Rata Untuk Kerja Yang Setanding)


Beberapa tahun kebelakangan ini, konsep “Upah Sama Rata Untuk Kerja Yang Setanding” semakin diterima di beberapa negeri di Amerika dimana kakitangan kerajaan akan diberikan upah yang sama sekiranya didapati kerja-kerja mereka walaupun berbeza pelaksanaannya, memerlukan tahap pendidikan, pengetahuan dan pengalaman yang sama. Contohnya upah di antara pekerja am Majlis Perbandaran dan jurutaip. Bidang berbeza tetapi kelayakan sama.

Pendekatan ini semakin diterima memandangkan ketidakadilan yang berlaku ke atas pekerja wanita. Mereka melakukan banyak jenis pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang sama dengan pekerjaan yang dilakukan oleh kaum lelaki, tetapi mereka (wanita) di bayar upah yang kurang berbanding kaum lelaki.

Adakah upah sama rata untuk kerja setanding ini dituntut oleh keadilan? Seorang pengamal etika perniagaan akan mengatakan ‘TIDAK’. Ini kerana walaupun kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan nampak sama untuk pelbagai jenis pekerjaan, faktor-faktor lain juga harus diambil kira seperti; masa kerja yang lebih panjang, risiko yang lebih dan persekitaran kerja. Apa yanf penting ialah tiada sekumpulan manusia diasingkan/dihalang dari mendapatkan sesuatu jenis pekerjaan semata-mata kerana mereka wanita. Diskriminasi sebegini harus diperbetulkan.


6.1.7 Who Get What Share of the Return on Resources
(Siapa yang memperolehi keuntungan dari sumber yang ada)

Terdapat hubungkait antara jumlah sumber bahan yang digunakan oleh syarikat dan kewajiban mereka untuk mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada ahli masyarakat. Keuntungan ini bukan hanya bergantung kepada jumlah sumber bahan yang telah digunakan tetapi juga:

· Bagaimana syarikat mengurus sumber bahan tersebut; dan
· Tahap produktiviti para pekerja mereka

Pengurus dan pekerja mempunyai hak untuk mendapatkan pulangan yang ‘adil’ berdasarkan sumbangan mereka dalam memastikan kejayaan syarikat mereka. Pengurus tertinggi biasanya merasakan bahawa merekalah yang paling banyak menyumbang untuk syarikat dan dengan ini merekalah yang paling berhak untuk mendapatkan gaji dan bonus yang paling tinggi dalam syarikat.

Pemegang saham juga sudah tentu mempunyai hak yang setimpal untuk mendapatkan habuan mereka. Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat haruslah diagihkan terlebih dahulu/mengutamakan para pemegang saham syarikat kerana melalui pelaburan merekalah syarikat dapat berjalan sehingga memperolehi keuntungan.

6.2 Rangking and Rating (Kedudukan dan Penilaian)

Berapa baik/banyak pekerja dibayar gaji/upah biasanya bergantung kepada penilaian pegawai penyelia yang melihat bagaimana pekerja tersebut melakukan tugas mereka dari kaca mata penyelia tersebut.

Prestasi kerja dan potensi untuk naik pangkat adalah dua benda yang berbeza. Seseorang yang dilihat mampu memegang tanggungjawab yang lebih besar tidak akan dinaikkan pangkat sekiranya prestasi kerja dalam jawatan yang sedang dipegangnya tidak memuaskan.

Semua pekerja harus menjalani penilaian pretasi kerja sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

· Dalam perniagaan kecil-kecilan, biasanya majikan dapat menilai prestasi pekerja mereka secara terus. Oleh itu, proses penilaian prestasi kerja mereka tidaklah terlalu kompleks.
· Syarikat-syarikat besar yang mempunyai pekerja yang ramai biasanya memiliki cara yang lebih sistematik untuk menyusun unit dalam pengurusan syarikat mereka. Pekerja yang didapati mempunyai prestasi kerja yang lebih memuaskan berbanding rakan sekerja mereka diperingkat yang sama, akan menerima bayaran gaji yang lebih baik/tinggi.


6.3 Ethical Implications for Performance Appraisal
(Implikasi Etika Hasil Penilaian Prestasi)


Manusia menunjukkan dan menonjolkan nilai sebenar mereka sebagai seorang individu melalui pekerjaan mereka. Ia merupakan cara untuk mereka mencapai matlamat peribadi dan seterusnya menyumbang kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat secara amnya.

Pengiktirafan terhadap kerja seseorang, sama ada secara rasmi ataupun tidak rasmi akan memberikan gambaran/imej kendiri terhadap seseorang pekerja tersebut. Ia akan sedikit sebanyak menjawab persoalan “siapakah mereka sebenarnya who they are?”. Penilaian/pendapat majikan mengenai prestasi kerja adalah sangat penting bagi seseorang pekerja.

Pengurus-pengurus mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan penilaian prestasi. Ini kerana pekerja-pekerja yang merasakan bayaran/upah mereka tidak berpatutan biasanya akan memberi kesan buruk ke atas semangat dan prestasi kerja mereka. Bagaimanapun , terdapat dimensi moral dalam tanggungjawab ini.

· Pertama – kesan penilaian tersebut ke atas pekerja yang dinilai, keatas persepsi mereka, nilai dan harga diri mereka sebagaimana yang dinilai oleh pandangan penyelia ke atas hasil prestasi kerja mereka.

· Kedua – perlu ada pelan penilaian syarikat yang menggariskan peraturan-peraturan untuk menyediakan penilaian prestasi. Ini penting kerana biasanya pelan itu akan menetapkan tahap pencapaian prestasi pekerja yang seterusnya menentukan jumlah gaji atau upah yang akan mereka perolehi. Pelan ini boleh dianggap sebagai satu bentuk ‘kontrak sosial’ antara syarikat dan pekerja.

Penyelia yang gagal mematuhi pelan penilaian ini dianggap telah bertindak tidak adil terhadap pekerja seliaan mereka yang mempunyai hak untuk dinilai mengikut ketetapan dan standard /piawai yang telah diterima oleh syarikat.


6.3.1 A Few Key Ethical Do’s and Don’ts for Performance Appraisal (Beberapa kod etika – apa yang harus dan tidak harus dilakukan untuk Penilaian Prestasi)

Untuk memastikan layanan beretika untuk semua pekerja semasa proses penilaian prestasi, beberapa perkara perlu diambil kira. Walaupun garis panduan ini mungkin kelihatan seperti asas kemahiran pengurusan yang berkesan, tetapi ia juga penting kerana kesannya kelak berhubung kait dengan maruah dan harga diri/jati diri seorang manusia.

· Pekerja haruslah jelas dengan objektif yang ditetapkan sepanjang tempoh penilaian dan mereka harus berperanan aktif dalam mencapai okbjektif ini.

· Maklum balas daripada majikan haruslah disampaikan secara berterusan. Adalah tidak adil bagi seseorang pekerja sekiranya diberitahu mengenai prestasi kerjanya yang teruk hanya pada akhir tempoh penilaian tersebut.

· Prestasi harus dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang sahih (valid). Tidak adil untuk menilai prestasi pekerja menggunakan pelan yang tidak disahkan oleh syarikat.

· Penyelia perlu mencatatkan maklumat secukupnya berkaitan dengan kecekapan atau ketidak kecekapan pekerja yang dinilai sepanjang tempoh penilaian prestasi tersebut. Majikan yang bergantung kepada penilaian yang tidak dicatatkan sebaiknya semasa proses penilaian mungkin mengakibatkan ada pekerja yang cemerlang tetapi tidak mendapat ganjaran/penilaian sewajarnya kerana majikan yang menilai tidak mencatit data secara sistematik.

· Pekerja yang tidak cekap/tidak memuaskan harus dimaklumkan mengenainya. Ini adalah tanggungjawab seorang majikan. Adalah tidak wajar untuk membiarkan seseorang pekerja menyangka bahawa dia seorang pekerja yang cekap sedangkan prestasi kerja sebenarnya teruk. Pekerja berhak untuk mendapatkan khidmat nasihat, latihan, tunjuk ajar untuk memperbaiki prestasi kerja mereka.

· Hanya orang yang berkelayakan sahaja yang seharusnya menilai pekerja-pekerja.


Ringkasan

· Seorang pengurus yang baik yang ingin mengupah dan mengekalkan produktivi dan kesetiaan pekerjanya, perlulah menawarkan gaji/upah dan manfaat yang kompetatif, menyediakan latihan dan maklum balas dari segi prestasi, peluang kenaikkan pangkat, cara untuk menyatakan ketidak adilan tanpa dibayangi kebimbangan tindak balas dan persekitaran kerja yang selamat. Latihan ini adalah sebahagian pengurusan baik, tetapi ianya mempunyai sebuah dimensi berprinsip moral. Oleh kerana kegagalan melaksanakannya boleh menyebabkan ketidakadilan atau kecederaan kepada seorang atau mengurangkan martabatnya.

· Kerana manusia bergantung kepada sistem ekonomi untuk memenuhi keperluan hidup mereka, maka sistem ekonomi jualah harus menyediakan mereka pekerjaan. Dalam sistem kapitalis hal ini telah diterima umum. Bagaimanapun sesuatu perniagaan berhak mengambil sejumlah tertentu sahaja pekerja untuk membolehkan mereka dapat beroperasi dengan berkesan dan menguntungkan.

· Natural Law Moralist akan melihat diskriminasi sebegini sebagai salah di segi moral kerana ia melanggar hak sebagai manusia dan hak mereka untuk mendapatkan kerja. Utilarian akan menilai amalan diskriminasi berdasarkan kesannya secara menyeluruh. Pihak cultural relativist akan hanya mematuhi amalan mengaji/mengubah pekerja, yang dipersetujui oleh masyarakat.

· Pengurus, pekerja dan pemegang saham mempunyai hak untuk mendapatkan pulangan yang setimpal dengan sumbangan mereka dalam mendapatkan keuntungan syarikat.

Bab 5 : Etika Pengurusan Dan Rekabentuk Organisasi

Pengenalan

Kita boleh mengandaikan bahawa pegawai-pegawai atasan dikebanyakkan firma-firma perniagaan mahukan kakitangan mereka untuk berkelakuan apa yang mereka anggap “benar” “baik dan adil”. Mereka pastinya mahu kakitangan mereka tidak melanggar tatasusila masyarakat setempat dan mungkin akan menarik perhatian / publisiti buruk media seluruh negara. Namun pelanggaran tatasusila ini masih sering berlaku. Kenapa ia terjadi dan apa yang boleh dilakukan untuk menghalang kewujudannya. Dalam bab ini kita akan mengkaji 2 cara untuk menghalang kewujudannya iaitu cara kod etika dan jawatan “ombudsman”.

Objektif

Mengenalpasti beberapa punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi.
Memahami sistem perancangan untuk pengurusan kelakuan dalam organisasi.
Mengenalpasti beberapa cara untuk menyelesaikan masalah kelakuan tidak beretika dalam organisasi dan tanggungjawab pegawai-pegawai pengurusan / atasan dalam menengani aspek ini.

5.1 Kod Etika

Kod Etika ialah pernyataan-pernyataan mengenai norma (kebiasaan) dan kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah organisasi.

Norma-norma dan kepercayaan ini secara umumnya dicadang, dibincang dan ditafsirkan oleh para pegawai atasan dalam sesebuah firma dan kemudiannya akan diterbit dan diedarkan kepada semua kakitangan.

Penjelasan mengenai norma dan kepercayaan.

Kod-kod Etika Norma
Norma adalah standard perlakuan; ia adalah cara bagaimana para pegawai atasan sesebuah organisasi mahukan kakitangan mereka bertindak apabila berhadapan dengan situasi tertentu.

Contoh norma dalam etika ialah:
Pekerja / kakitangan syarikat tidak dibenarkan menerima hadiah peribadi bernilai lebih RM 25 dari mana-mana rakan perniagaan, dan mereka dikehendaki berkongsi membayar harga makanan / hiburan sekiranya bayaran yang dikenakan berjumlah lebih RM 25 seorang.

Norma dalam kod etika biasanya dalam bentuk pernyataan-pernyataan yang negatif kerana adalah lebih mudah untuk menyenaraikan perkara-perkara yang seseorang itu tidak boleh lakukan berbanding perkara yang mereka boleh lakukan.


Kepercayaan
Kepercayaan dalam kod etika adalah ukuran / standard pemikiran. Ia adalah cara berfikir yang dikehendaki digunakan oleh kakitangan syarikat sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai-pegawai atasan mereka. Ia bukanlah tapisan (censorship). Tujuannya ialah untuk menggalakkan cara dan corak berfikir yang akan membawa ke arah kelakuan-kelakuan yang dikehendaki.
Akhirnya, kepercayaan dalam kod etika biasanya dinyatakan dalam bentuk yang positif.
Contohnya:
“Tanggungjawab utama kita ialah para pelanggan”
“kami berharap untuk menjadi warga yang baik untuk setiap komuniti / masyarakat tempat kami beroperasi”
Contoh kod etika ditunjukkan pada lampiran A (pg 39) dan (pg 40)

Adakah Kod etika berkesan? Adakah ia mampu “memaklumkan” semua kakitangan tentang standard moral yang telah dipilih lembaga pengarah. Tidak semestinya.

Masalahnya, agak mustahil untuk menetapkan norma dan kepercayaan sesebuah organisasi yang memuaskan hati semua kumpulan berkaitan pengundi (pekerja, pelanggan, pembekal, pengedar, pemegang saham dan orang ramai) tanpa menyinggung mana-mana salah satu pihak tersebut. Agak mustahil untuk sesebuah organisasi berkata: bahawa ia menganggap para pekerja berperanan dalam memastikan kejayaan syarikat berbanding pemegang-pemegang saham.

Tanpa merisaukan pemegang-pemegang saham bahawa para pekerja mereka telah menganggap keuntungan dan dividen menjadi factor ke 2. Kerana itu, kod etika biasanya dalam bentuk yang umum, dengan menyatakan kewajipan kepada setiap kumpulan tanpa ada yang diberi keutamaan.

Masalah asas dengan kod etika ini ialah ia tidak membentuk garis keutamaan di antara norma dan kepercayaan. Keutamaan adalah nilai sebenar sesebuah firma. Contohnya: katakan satu bahagian dalam syarikat berhadapan dengan masalah pengurangan jualan dan keuntungan. Persoalannya adakah mereka harus mengurangkan kakitangan pengurusan pertengahan dan memotong kos-kos penyelenggaraan seperti bil elektrik, air dll. Satu contoh keputusan pengurangan kakitangan yang klasik. Kod etika menyatakan bahawa kita harus menghormati para pekerja tapi pada masa yang sama ia juga menyatakan bahawa kita mengharapkan keuntungan yang “memuaskan”. Jadi bagaimanakah kita akan bertindak? Apakah keuntungan “memusakan” yang dimaksudkan dalam contoh ini? Kod etika tidak dapat menjawabnya.

Dilema etika adalah konflik antara ekonomi dan prestasi sosial. Prestasi sosial merujuk kepada kewajipan kepada pekerja, pelanggan, pembekal, pengedar dan orang awam. Kod etika bagi menyatakan bentuk kewajipan yang dikehendaki oleh para pegawai atasan terhadap kumpulan-kumpulan ini, tetapi mereka tidak dapat membantu pekerja pertengahan atau pekerja bawahan memilih antara kumpulan atau diantaa prestasi ekonomi dan prestasi sosial.


5.2 Jawatan Ombusman

Ombusman ialah seorang di dalam organisasi, biasanya agak berumur / senior dan seorang pengurus yang dihormati, hampir bersara, telah berhenti dari tanggungjawab operasi dan ditugaskan untuk emberi kaunseling kepada pekerja-pekerja lebih muda mengenai hal-hal berkenaan masalah kerjaya, kesukaran yang dihadapi organisasi dan isu-isu etika.

Ombusman adalah bahasa Sweden, ia merujuk kepada agen kerajaan di Sweden yang diberi tanggungjawab khusus untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh individu-individu terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa atau bertindak tanpa pertimbangan yang wajar.

Adakah jawatan Ombusman ini berkesan? Sekali lagi tidak semestinya.
Maslah individu yang membuat aduan mengenai insiden itu tidak benar, “bebas dari kesan aduan” kemudian hari. Kita boleh andaikan bahawa Ombusman itu umumnya diasingkan dari bercakap dengan pesalah, tetapi pemberi maklumat biasanya akan diketahui. Ia haruslah seseorang dalam organisasi yang mempunyai sumber maklumat tentang amalan tersebut dan bertanggungjawab untuk amalan tersebut dalam tempoh 30 hari sebelumnya. Ombusman tidak perlu risau mengenai kesan siasatan, tetapi pemberi maklumat itu mungkin akan menerima akibat aduan.

5.3 Punca-punca Kelakuan Tidak Beretika

Kita telah melihat bahawa kod etika dan Ombusman, kedua-duanya masih tidak dapat memastikan bahawa standard moral yang telah dipilih oleh presiden dan lembaga pengarah. Sesuatu standard moral akan dipatuhi oleh kakitangan firma tersebut. Contohnya: punca-punca kenapa pengurus produk di General Elektrik menipu kerajaan dan alasan-alasan kenapa pengurus kawasan di E.F. Hutton menipu bank. Dan kita akan melihat sama ada kita dapat menghapuskan punca-punca ini. Di General Elektrik, General Dynamic, E.F. Hutton dan The Thorp Division of ITT, pengurus-pengurus yang menipu kerajaan bukanlah contoh-contoh ketidakjujuran dalam pengurusan.Tiada bayaran, percutian atau pemberian hadiah. Tetapi faedah itu datang secara langsung. Adalah perlu untuk kita memahami faedah secara tidak langsung ini, kerana inilah punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi.

Sekiranya anda seorang pengurus yang perlu menyelesaikan masalah tingkahlaku tidak beretika dalam organisasi anda. Bagaimana anda menyelesaikannya?

Kebanyakkan syarikat besar pada hari ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian biasanya mempunyai produk line tertentu dan proses-proses pengeluaran tertentu. Pembahagian struktur sebegini umumnya mengamalkan pembahagian kuasa; bidang kuasa untuk produk, pasaran dan perubahan dalam proses diberikan kepada pengurus-pengurus bahagian, yang secara tidak langsung dipertanggungjawabkan ke atas prestasi ekonomi.

Terdapat 2 masalah utama yang dihadapi oleh organisasi-organisasi yang dibahagi dan menggunakan pengagihan kuasa seperti di atas:


Pertama: hubungan antara bahagian (dalam pengeluaran, pasaran, proses @ teknologi) tidak dapat dimanfaatkan sebagai asas kepada ekonomi skala @ ekonomi bidang kerana persekitaran berbeza antara bidang-bidang tersebut.

Kedua: Pengurusan korporat dalam struktur desentralisasi (pembahagian kuasa) mempunyai sedikit kawalan ke atas strategi-strategi dalam bahagian-bahagian tersebut hinggalah sesuatu kejayaan besar @ kegagalan yang teruk dialami. Ia akan menjadi fungsi ulasan / tinjauan yang tidak berkesan. Pengurusan masalah-masalah ini membawa kepada perubahan-perubahan dalam pengurusan pembahagian syarikat bermula sekitar 1975.

Cuba latihan di bawah.

Latihan 2.1

Apakah yang anda faham dengan kod-kod etika berkesan? Kenapa?
Apakah punca-punca strukturul yang menyebabkan tingkahlaku tidak beretika?


5.4 Pembangunan Sistem Perancangan Baru

Dua sistem perancangan utama akan dibincangkan dengan terperinci dalam sub topik ini iaitu:
Sistem perancangan General Elektrik
Sistem perancangan Boston Consulting Group

5.4.1 Sistem Perancangan General Elektrik (GE)

Syarikat GE merupakan pemimpin dalam pembangunan kaedah-kaedah baru untuk pengurusan berkelompok. GE adalah contoh ideal bagi firma-firma yang berkelompok, dengan pelbagai produk, pasaran yang banyak dan proses-proses yang berbeza. Pada awal 1970 an ia diuruskan dalam struktur desentralisasi, dengan anggaran 250 bahagian produk yang dikumpulkan mengikut jenis industri dan dinilai mengikut prestasi kewangan. Eksekutif syarikat bagaimanapun bimbang Walaupun ada peningkatan dalam jualan dan pembangunan teknikal yang berterusan, keuntungan masih berada pada tahap yang sama malah menurun, dikira dari pulangan pelaburan modal. Eksekutif peringkat koporat juga dikatakan cemas kerana mereka tidak mampu mempengaruhi atrategi dalam bahagian produk bersaing dalam pasaran komputer kerangka utama yang akibatnya memyebabkan kerugian hamper 300 juta dalam perbelanjaan pembangunan dan pelaburan kemudahan. Maka dirasakan perlu ada satu kaedah baru dalam perancangan strategic untuk menggabungkan bahagian-bahagian yang bersangkut paut dan untuk mengawal strategi-strategi bahagian.

Kaedah perancangan strategi yang dibangunkan oleh GE diistilahkan sebagai ‘portpolio model’ kerana ia menilai setiap unit proses pasaran dalam syarikat sebagai satu pelaburan yang boleh ditingkatkan, dikekalkan atau dikurangkan mengikut masa.

Unit-unit produk – pasaran – proses di GE diistilahkan “Strategik Business Unit” atau SBU. Ia mengandungi bahagian-bahagian produk yang berkaitan dan bersama mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam industri melalui Strategi yang telah dijelaskan.

Pengurusan korporat akan mampu mengawal persaingan dan mengarah strategi menerusi peruntukan sumber dengan cara menggunakan modal perancangan korporat dan bukannya proses belanjawan modal. 250 bahagian produk yang disentralisasikan di GE telah digabung menjadi 73 unit strategic business yang separa berpusat.
Prinsip yang mendasari model perancangan korporat separa berpusat yang dibangunkan oleh GE ialah setiap “SBU” berbeza dari 2 dimensi:
Daya terikan industri tersebut
Kekuatan syarikat dalam industri tersebut.

Bab 4 Etika Pengurusan , ‘Rule Of Law' Dan Rekabentuk Organisasi

Pengenalan

Unit ke dua modul ini mengariskan isu-isu berkaitan dengan undang-undang sebagai panduan kepada keputusan dan tindakan pengurusan apabila organisasi berhadapan dengan dilemma etika. Bab pertama unit ini mengupas undang-undang sebagai satu set peraturan yang mencerminkan penilaian moral yang dipegang dalam masyarakat kita. Bab kedua akan membincangkan kod-kod etika dan punca-punca tindaklaku tidak beretika dalam Sebuah organisasi.

Objektif

Setelah menamatkan bab ini anda akan memperolehi:

Menggunakan undang-undang sebagai kombinasi penilaian moral seperti mana yang diterbitkan dengan meluas, diterima secara umum dan telah biasa dilaksanakan.
Mengenalpasti beberapa punca struktur terhadap tingkahlaku yang tidak beretika dalam organisasi dan cara-cara dalam menyelesaikannya.
Merancang sistem untuk pengurusan tingkahlaku dalam organisasi.


4.1 The Rule of Law

Kita akan melihat undang-undang sebagai dasar kepada keputusan pengurusan apabila berhadapan dengan dilemma etika.

Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakt untuk mengawal tingkahlaku dalam masyarakat

Kita harus merujuk krpada undang-undang apabila berhadapan dengan konflik antara prestasi ekonomi organisai dan prestasi sosial. Biarkan undang-undang yang memutuskan. Di dalam masyarakat demokrasi dimana peraturan dan undang-undang dianggap mewakili penilaian moral dari ahli masyarakat Secara keseluruhannya. Kita harus mematuhi penilaian moral ini dan tidak sepatutnya membentuk pendapat moral peribadi kita. Ada banyak contoh undang-undang yang mencerminkan penilaian moral terkumpul

4.2 Undang-undang sebagai Panduan Untuk Pilihan Moral

Kita tidak boleh bergantung kepada pasaran sebagai panduan untuk membuat keputusan dan tindakan pengurusan apabila berdepan dengan dilemma etika, tetapi bagaimana pula dengan undang-undang? Hujah yang saha adalah sangat berlainan.
Hujah yang sah adalah masyarakat satu set peraturan dan peraturan ini melambangkan pilihan ahlinya secara menyeluruh dalam masyarakat berkaitan dengan sebarang keputusan dan tindakan yang menjejaskan kebajikkannya

Argumen ini boleh diaplikasikan. Contohnya, apabila seorang pegawai bank membuat keputusan di antara memberikan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan yang kecil dan akan mendapat pulangan dengan kaedah faedah yang dikawal oleh undang-undang atau memberikan pinjaman tersebut kepada syarikat besar yang berada jauh (asing), risikonya rendah dan menjanjikan pulangan yang lebih besar sekiranya kos lebih rendah dalam pengurusan pemberian pinjaman kepada syarikat besar yang kukuh di segi kewangan ini dimasukkan ke dalam pengiraan.

Sekiranya anda pegawai bank tersebut, apakah langkah-langkah yang akan anda amil?

Katakan dalam kes di atas masyarakat telah memutuskan bayaran faedah yang melampau adalah lebih membahayakan berbanding sokongan tempatan yang dihadkan, maknanya pinjaman tersebut harus diberikan kepada syarikat besar itu (Walaupun bukan syarikat tempatan). Patutkah kita membantahnya? Anggapkan kita percaya kita perlu membantah demi kepentingan masyarakat maka kita harus menyokong syarikat-syarikat kita. Seperti yang dikatakan bahawa:

· Sekiranya kita tidak mengemari tindakan sesebuah syarikat, kita harus cuba untuk meluluskan undang-undang menghalang perbuatan tersebut atau mengalakkan tindakan alternatif
· Sekiranya kita tidak dapat mengesahkan undang-undang melalui proses demokratik maka kita harus menerima keadaan seadanya

Adaian di sini bahawa kita patut bergantung kepada undang-undang dalam membuat keputusan dan bersetuju sekiranya sesuatu tindakan itu “benar”. Sekiranya ia sah disisi undang-undang dan “salah” sekiranya ia tidak mematuhi undang dengan kefahaman bahawa keputusan ini boleh diubah bergantung kepada pandangan majority masyarakat.

Dalam contoh yang diberi (pihak bank enggan memberi pinjaman modal kepada syarikat tempatan yang berisiko sebaliknya diberikan kepada syarikat luar yang kurang berisiko). Agak mudah untuk membentuk undang-undang yang memperbetulkan keadaan ini. Setiap bank dalam negeri atau negara mungkin harus disyaratkan (menggunakan undang-undang) untuk melabur sejumlah peratusan tertentu wang mereka untuk masyarakat setempat.


4.3 Satu Contoh Pilihan Moral

Kira kembali kepada pegawai bank yang kita bincangkan sebelum ini. Dia perlua memutuskan sama ada patut atau tidak dia melabut dalam syarikat tempatan yang berisiko tinggi tetapi yang menyediakan peluang pekerjaan dan kebaikan lain kepada masyarakat tempatan. Anggaplah bahawa:

· Masyarakat setempat berada dalam kawasan yang mempunyai kadar pengganguran yang tinggi di mana peluang kerja sangat diperlukan dan syarikat tempatan terlibat dalam perusahaan yang memerlukan banyak tenaga buruh.
· Manakala syarikat asing itu, kompeni besar di Bandar yang jauh memerlukan modal yang besar dan mampu menjana peluang-peluang kerja baru.
· Syarikat tempatan itu mengeluarkan produk kesihatan yang mampu mengurangkan penyakit golongan tua diseluruh negara Manakala syarikat luar itu pula mengeluarkan produk makanan dalam pek yang tinggi kalori dan tidak berkhasiat.
· Bantuan modal oleh agensi-agensi kerajaan kepada peniaga atau syarikat kecil dibekukan baru-baru ini.

Ini adalah contoh dilemma etika yang klasik, pilihan diantara prestasi ekonomi dan kewajipan social dirumitkan lagi oleh kesan-kesan jangka panjang, hasil yang tidak pasti dan implikasi karier.

Apakah keputusan kita bila berdepan dengan pilihan sebegini? Sekiranya pegawai bank memberi jawapan kepda pemilik syarikat kecil tempatan itu bahawa dia ingin membanu tetapi:

· Undang-undang menghalang pulangan yang mencukupi untuk menanggung risiko itu.
· Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah yang terdapat pada masa ini.
· Pengawai bank dikehendaki meminimakan risiko untuk para pendeposit mereka.

Sudah tentu respon biasa dari pihak bank untuk pinjaman (yang diperlukan dari aspek sesial tetapi goyah kewangan) ialah: tidak menjelaskan alasan untuk penolakan tersebut. Biasanya mereka akan sekadar mencadangkan nama-nama peminjam lain atau mencari pinjaman dari pihak lain.

Persoalan dalam keas ini, bukanlah sama ada pihak bank harus memberi pinjaman kepada perusahaan yang perlu di sudut social tetapi sukar diusahakan. Memang jelas, tiada bank yang mampun bertahan sekiranya terus memberi pinjaman sebegini. Tambahan bank tidak harus terus memberi pinjaman sebagai kemudahan masyarakat di mana mereka beroperasi. Harus ada had dan keseimbangan untuk kebaikkan kedua-dua pihak. Persoalannya, bagaimana untuk mencapai keseimbangan ini?

4.4 Undang-undang Kombinasi Penilaian Moral

“Jika kita boleh melangkaui peraturan-peraturan asas dalam undang-undang ketika membuat keputusan atau tindakan tetapi kita tidak boleh melepasi undang-undang kerana dengan berbuat demikian kita melanggar kehendak majority rakyat. Kita hidup dalam masyarakat demokrasi, sekiranya kita tidak menyetujui sesuatu yang kita terpaksa lakukan, maka kita harus mendapatkan majority para pengundi untuk meluluskan undang-undang untuk menghalang tindakan tersebut. Namun sebelum ia dicapai, kita harus mematuhi kehendak majority rakyat”

Bagaimana reaksi kita terhadap kenyataan di atas? Sekiranya tidak mungkin untuk kita memberi reaksi yang logic dab menyakinkan, adakah kita terpaksa menerima undang-undang sebagai pemberi kata putus bila berhadapan dengan dilemma moral?

Untuk menjawap soalan ini, adalah perlu untuk:

· Pertama, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa kita membincangkan set konsep yang sama
· Keuda, memeriksa proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang.

4.5 Definisi Undang-Undang

Undang-undang boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan menyeluruh diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa di kuatkuasakan.

Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli masyarakat yang lain. Ia adalah keperluan untuk bertingkahlaku yang dinyatakan, bukannya sekadar harapan atau cadangan atau permintaan. Dalam kata lain, undang-undang ialah apa yang mesti kita lakukan. Undang-undang didefinisikan sebagai set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan. Mari kita lihat setipa cirri ini secara lebih terperinci.

1. Konsisten – tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus konsisten untuk membolehkan diterima sebagai sebahafian daripada undang-undang. Iaitu, sekiranya terdapat 2 tuntutan yang saling bertentangan kedua-duanta tidak boleh diterima sebagai undang-undang kerana jelas orang ramai tidak mungkin dapat mematuhi kedua-duanya serentak

2. Menyeluruh – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, haus menyeluruh atau boleh diterima oleh semua orang yang mempunyai cirri-ciri yang sama atau berhadapan dengan set suasana yang sama.

3. Diterbitkan – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, haruslah diterbit dan dicetak jadi ia boleh diterima masyarakat. Sudah pasti tidak semua orang mempunyai masa untuk membaca dan memahami semua yang diterbitkan itu. Bagaimanapun ahli-ahli professional terlatih seperti peguam, boleh menginterpretasi dan menerangkan tentang undang-undang kerana itu tidak mengendahkan undang-undang bukanlah satu alasan yang boleh diterima.

4. Diterima – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus dipatuhi sekiranya kebanyakkan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi undang-undang itu secara sukarela maka mereka harus dipaksa mematuhinya.

5. Dikuatkuasakan – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus dikuatkuasakan. Ahli-ahli masyarakat harus memahami dan ia akan dipaksa untuk mematuhi undang-undang sekiranya mereka tidak ingin mematuhinya secara sukarela. Mereka juga harus sedar bahawa sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang dan ia telah dicatat dan dibuktikan, maka mereka akan kehilangan keselesaan, masa, wang, kebebasan dan hidup mereka. Sesuatu yang wajib ada dalam undang-undang ialah ia harus menjelaskan kepada rakyay tentang apa yang akan berlaku sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang.

Set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan ini (apa yang kita panggil undang-undang). Disokong oleh rangka kerja yang mengandungi institusi social yang pakar seperti pada jadual di bawah:

Insitusi Sosial
Tanggungjawab
Badan Pengubal Undang-undang (Dewan Rakyat/Negara)
Mengubal undang-undang
Peguam dan pengerusi perundangan
Menerangkan tentang undang-undang
Mahkamah dan agensinya
Mentafsir undang-undang
Polis
Menguatkuasakan undang-undang

Mahkamah keadilan seringkali kelihatan mengabaikan keperluan untuk kekal konsisten dan menyeluruh dan lebih penumpuan kepada ‘menang kes’ dan bukannya untuk ‘menegakkan keadilan’. Tindakan penguatkuasaan oleh pihak polis juga sering dilihat sambil lewa dan hanya cuba menjaga keamanan dan bukannya mengekalkan keadilan. Kita harus akui bahawa:

· Menguatkuasakna undang-undang adalah tugas yang susah dan seringkali membahayakan.
· Menafsirkan undang-undang seperti kes-kes mahkamah, seringkali melibatkan jumlah wang banyak dan potensi untuk mendapatkan wang jumlah yang besar, mengakibatkan konsep undang-undang sebagai peraturan yang diterbit dan diterima seringkali menyimpang

Tetapi kita melihat undang-undang sebagai satu konsep yang ideal, yang mengandungi peraturan-peraturan yang konsisten dan menyeluruh, dalam menjadi panduan kepada keputusan pengurusan. Undang-undang bukanlah suatu reality yang cacat.


4.6 Perhubungan Antara Undang-Undang dan Standard Moral

Undang-undang sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, mungkin dilihat sebagai satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang mengatur kelakuan menerima peraturan-peraturan ini sebagai mewakili pandangan moral ahli-ahli masyarakat secara keseluruhannya.

· Sekiranya kita boleh menerimanya, maka kita ada ukuran tertenut untuk dijadikan panduan dalam tindakan dan keputusan pengurusan walaupun ukuran ini mungkin berada pada tahap yang minima.

· Sekiranya kita tidak dapat menerima set peraturan ini sebagai wakil penilaian moral secara keseluruhan masyarakat, maka kita perlu mencari tempat lain yang sesuai dengan ukuran kita.

Dalam menimbangkan hubungkait yang mungkin wujud di antara penilaian moral dan tuntutan undang-undang bertulis dan keputusan mungkin akan dicapai dengan segera.

Kesimpulan 1

· Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan ukuran moral masyarakat, tetapi ia tidaklah benar-benar sama. Untuk lebih jelas; seseorang yang melanggar undang-undang dengan melakukan rompakan jufa melanggar ukuran moral kerana mencuri. Begitu juga, adalah mudah untuk menyatakan bahawa undang-undang berkaitan perlakuan seksual, penyalahgunaan dadah, penipuan produk dan mematuhi kontrak adalah saam dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh kebanyakkan orang dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa masyarakat demokratik, tuntutan undang-undang menggambarkan banyak nilai-nilai asas yang dipegang masyarkat dan memang terdapat pertindihan yang wujud antara undang-undang dan morality, seperti yang ditunjukkan di bawah:
· Tetapi kawasan pertindihan ini tidak lengkap. Terdapat sesetengah undang-undang yang dari segi moralnya tidak betul, tanpa ada konteks etika sama sekali. Tuntutan untuk kita memandu di sebelah kiri jalan contohnya bukan semestinya “benar” atau “salah”; apa yang penting kita semua mencapai persetujuan tentang sebelah jalan mana ia harus kita pandu kenderaan kita.

· Akhir kata, apa juga ukuran moral yang tidak melibatkan undang-undang sama sekali. Kita semua menentang pembohongan tetapi menyatakan kebenaran tidak dituntut oleh undang-undang kecuali dalam mahkamah dan ketika membuat sumpah ataupun dalam keadaan yang khusus seperi dalam kontrek pekerjaan atau jualan harta.

Kesimpulan 2
Tuntutan undang-undang biasanya ke arah negatif, manakala ukuran moral biasanya agak positif. Menurut undang-undang kita tidak boleh menyerang merosak atau mencemar nama baik antara satu sama lain tetapi tidak semestinya dituntut untuk menolong orang malah dalam keadaan yang ekstrim sekalipun. Tiada undang-undang contohnya yang menyatakan bahawa kita mesti menolong kanak-kanak yang lemas. Disini ukuran modal masyarakat boleh dijadikan panduan. Sudah pasti 99.9% warga dewasa dalam mana-mana negara akan pergi menyelamat seorang kanak-kanak yang lemas bergantung kepada kemampuan mereka.

Kesimpulan 3
Tuntutan undang-undang seringkali ketinggalan dibelakang kehendak moral masyarakat. Perhambaan pastinya satu contoh yang paling menjijikkan tetapi diskriminasi seks dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh dinyatakan sebagai masalah moral yang lambat disembuhkan oleh perundangan. Pendokong kedaulatan undang-undang akan berkata, bagaimana kelambatan yang wujud antara muafakat moral dan persetujuan undang-undang tidak menunjukkan hubungan lemah antara tuntuan undang dan ukuran moral. Mereka akan mendakwa undang-undang berkaitan pengawalan diskriminasi, pencemaran dan rasuah lambat laun akan disahkan/diluluskan juga.
4.7 Pembentukan Undang-undang

Undang-undang dibentuk melalui serangkaian proses yang digariskan di bawah.

4.7.1 Proses Individu

Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan senantiasa berubah-ubah mengikut masa. Fikirkan tentang perubahan yang telah wujud dalam undang-undang yang menguruskan pekerjaan, kita akan dapati memang wujud kelambatan masa di antara perubahan dalam ukuran moral dan tuntutan undang-undang. Contohnya perkara-perkara yang dianggap sah di sisi undang-undang 20 tahun dahulu (seperti diskriminasi bangsa/sex dalam pengambilan pekerja atau pembuangan sisa kimia ke tasik dan sungai) kini dianggap melanggar undang-undang.

Persoalan adakah perubahan dalam undang-undang ini dating dari perubahan-perubahan dalam standard (ukuran) moral majority rakyat melalui proses social dan poltik, dan seterusnya adalah undang-undang itu mewakili ukuran moral masyarakat kita secara keseluruhannya. Proses-proses social dan politik melalui perubah ukuran moral manusia diinstitusikan menjadi suatu rangka perundangan yang rasmi untuk masyarakat adalah proses yang panjang dan kompleks tapi boleh diringkaskan.

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang akan membentuk ukuran moralnya yang tersendiri seperti yang ditunjukkan di bawah:

Bentuk Ukuran Moral
Norma / Kebiasaan
· Norma adalah kriteria kelakuan
· Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain akan bertindak / berkelakuan bila berhadapan dengan sesuatu situasi tertentu.
Kepercayaan
· Kepercayaan adalah criteria pemikiran
· Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu.
Contoh:

Saya percaya pada demokrasi “penglibatan” dan saya berharap orang lain akan menghargai konsep tersebut dan menerima sebagai satu bentuk kerajaan.

· Kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak melibatkan tindakan. Ia adalah satu cara berfikir yang abstrak yang menyokong norma-norma seseorang.

Nilai
· Nilai, bentuk ketiga dalam corak criteria peribadi, juga membentuk ukuran moral seseorang. Ia adalah peringkat-peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma-norma dan kepercayaan-kepercayaannya.
· Semua orang yang menganggap bahawa semua norma dan kepercayaan mereka mempunyai tahap kepentingan yang sama.
· Secara umumnya, sesetengahnya lebih berbanding yang lain. Norma dan kepercayaan yang penting adalah apa yang dihargai dan dipegang sepenuhnya oleh seseorang itu.

Nilai seringkali adalah kontroversi. Kenapa? Kerana mugkin norma dan kepercayaan yang dipegang sepenuhnya oleh seseorang akan bertentangan dengan norma dan kepercayaan yang juga dipegang kukuh oleh orang lain pula. Umumnya akan wujud sedikit tolak ansur kerana setiap orang terikat kepada kriteria-kriterianya terhadap:

- Kelakuan (cara mana seseorang itu patut berkelakuan)
- Kepercayaan (cara mana seseorang itu patut berfikir)

Kita hidup dalam masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya dan dalam sebuah negara sekular di mana agama bebas diamalkan, maka kita harus menerima hakikat bahawa norma, kepercayaan dan nilai akan berbeza di antara individu. Perbezaan ini mungkin akan mencetuskan konflik.

4.7.2 Proses-proses Kumpulan

Setiap orang membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui pendekatan terhadap:

- Konteks budaya / agama
- Konteks sosial / politik
- Konteks ekonomi / teknologi

Konteks di sini bermaksud maklumat latar belakang atau persekitaran sesuatu suasana.

Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau persekitaran yang tergabung jalin hasil daripada:
- Ajaran agama
- Tradisi budaya
- Kedudukan ekonomi
- Pembangunan teknologi
- Organisasi sosial
- Proses Politik

Jalinan antara konteks-konteks yang dijadikan pilihan oleh individu terhadap norma, kepercayaan dan nilai dibentuk sebegini rupa untuk memastikan yang semua faktor itu berhubung kait / berinteraksi.

Perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan kepada perubahan politik dalam pentadbiran, yang berterusan menyebabkan perubahan ekonomi dalam corak perbelanjaan dan percukaian dan akhirnya akan memberi kesan dalam perubahan budaya dalam gaya hidup.


Teknologi
Politik
Ekonomi
Budaya



Hubungan antara faktor-faktor ekonomi, teknologi , sosial, politik, budaya dan agama tidaklah begitu jelas kesannya terhadap norma, kepercayaan dan nilai seseorang ianya tidak boleh dijangkakan dengan tepat. Tetapi hubungkait dan kesan itu memang ada.

Fikirkan tentang perubahan status kaum wanita contohnya yang telah berubah dengan nyata semenjak dari era pembuatan/perkilangan berat dan perlombongan kepada era industri perkhidmatan dan berasaskan maklumat dalam perkembangan teknologi kaedah pengawalan kelahiran dan pengembangan sosial terhadap peluang Pendidikan.



4.7.3 Proses-proses Sosial

Semua individu tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama yang sama. Pendedahan-pendedahan ini datang dari:

- Kedudukan Individu
- Unit Keluarga
- Rakan sebaya dan
- Organisasi rasmi

Dalam masyarakat demokratik, perubahan ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu-individu dalam masyarakat lambat laun akan memberikan kesan ke atas undang-undang. Kesan-kesan ini adalah hasil dari proses-proses sosial dan politik. Proses-proses sosial pada asalnya melibatkan pertumbuhan / perkembangan kuasa.

Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung untuk bergabung dalam kumpulan-kumpulan kecil, adalah fitrah untuk menyertai orang-orang lain yang mempunyai pandangan yang sama.

Kumpulan-kumpulan kecil ini umumnya adalah sebahagian dari organisasi yang lebih besar seperti:

- Firma-firma perniagaan
- Pertubuhan / kesatuan sekerja
- Parti Politik
- Agensi-agensi kebajikkan
- Pertubuhan-pertubuhan veteran

Pertubuhan-pertubuhan besar ini samada akan mencapai kesepakatan terhadap norma, kepercayaan dan nilai atau berpecah kepada organisasi-organisasi yang lebih kecil untuk mencapai kesepakatan itu. Terdapat juga teori-teori alternatif sebagai cara untuk membentuk kesepakatan ini:

- Keputusan ortokratik
- Penyelarasan birokratik
- Gabungan persetujuan atau kolektif pilihan.

4.7.4 Proses-proses Politik

Proses-proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu di institusikan menjadi undang-undang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah-kaedah untuk menyelesaikan konflik. Organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu sudah tentu mempunyai pandangan berbeza terhadap:

- Kepimpinan presiden
- Tolak ansur institusi
- Persetujuan kongres dan
- Tekanan dari pengundi

Dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat dipertanggungjawabkan ke atas pembentukan undang-undang dalam sistem perwakilan. Bagaimanapun, perbezaan kawasan pembahagian penduduk dan sektor ekonomi menyebabkan isu-isu yang timbul tidak akan sama. Maka gabungan harus dibentuk untuk meluluskan undang-undang. Orang ramai pastinya boleh menyatakan pandangan mereka terhadap undang-undang yang berpotensi dengan mengundi pentadbir dan penggubal undang-undang mereka, atau secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat dan melalui media.






4.8 Kesimpulan Bagi Kedaulatan Undang-undang Sebagai Dasar Untuk Pilihan Moral

Persoalan-persoalan sekarang ialah sama ada proses-proses sosial dan politik ini, yang memakan masa dan kompleks ini benar-benar selaras di antara ukuran moral rakyat kita dan tuntutan undang-undang secara keseluruhannya. Pandangan bahawa undang-undang sebagai mewakili penilaian moral masyarakat adalah satu pandangan yang menarik. Bagaimanapun, kelihatan akan wujud masalah semasa pemindahan dari standard moral individu kepada tuntutan undang-undang menyeluruh pada setiap peringkat dalam proses sosial dan politik.

Standard moral ahli masyarakat mungkin berpandu “maklumat yang kurang” berkenaan isu pelaksanaan koporat.

- Ramai orang tidak sedar mengenai rasuah antarabangsa sehinggalah kes Lockhead didedahkan.

- Kini, ramai orang masih tidak sedar betapa seriusnya masalah pembuangan sisa toksid yang dikeluarkan sebanyak 231 juta tan metrik setiap tahun.

- Sukar untuk standard moral perseorangan untuk memberi kesan kepada undang-undang sekiranya maklumat-maklumat berkaitan hilang / tidak diperolehi.

Standard moral mungkin dihakis akibat pembentukan kumpulan-kumpulan kecil.

- Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil tetapi standard mereka tidak semestinya sama. Tolak ansur harus dibuat.

- Tambahan lagi, banyak kumpulan kecil bertindak daripada motif dan bukannya morality. Keuntungan ekonomi dan pristij professional sering memainkan peranan yang besar.

- Adalah sukar untuk standard moral perseorangan (memberi kesan) kepada undang-undang sekiranya tidak dinyatakan dengan tepat.

Standard moral ahli masyarakat tidak diwakili dalam persetujuan organisasi-organisasi besar.

- Banyak organisasi memang berkongsi norma, kepercayaan dan nilai tetapi tiada bukti menunjukkan setiap individu dan kumpulan dalam organisasi tersebut mempunyai pengaruh yang sama dalam mencapai persetujuan tersebut.

- Ini dapat dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai dalam organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan seperti hospital dan universiti. Standard pekerja-pekerja professional (Cth: Doktor) biasanya lebih menonjol.

Standard moral ahli masyarakat tidak diwakili dalam pembentukan / penggubalan undang-undang.

- Masalah ini sama seperti di atas iaitu dalam membentuk persepakatan dalam organisasi tetapi dalam skala yang lebih besar.

- Tiada jaminan bahawa semua organisasi mempunyai pengaruh yang sama atau pengaruh yang sama diukur dari segi sains dan dalam menentukan undang-undang.

- Ini dapat dilihat dalam ketetapan mengenai undang-undang percukaian, di mana beberapa organisasi seringkali diberikan keistimewaan.

Tuntutan undang-undang yang digubal melalui proses-proses politik seringkali tidak lengkap atau tidak tepat dan perlu disokong oleh keputusan 2 mahkamah keadilan aatau tindakan agensi-agensi pentadbiran.

- Ini boleh dilihat dalam kes-kes penipuan produk atau (ulasan pekerjaan yang sama rata) makna dan aplikasi undang-undang harus dijelaskan di luar proses perundangan.

- Sukar untuk standard moral perseorangan mempengaruhi undang-undang sekiranya mereka dipertimbangkan hanya secara tidak langsung, kalau tidakpun dalam 2 cara penggubalan undang-undang tersebut.














Ringkasan

Apa yang boleh kita kata dalam ringkasan?

- Undang-undang ialah satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang dibentuk untuk mengawal kelakuan bermasyarakat. Peraturan-peaturan ini diterbitkan secara meluas diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan.

- Peraturan yang dibentuk oleh masyarakat mencerminkan pilihan kolektif ahli masyarakat tersebut berkaitan sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat.

- Terdapat pertindihan antara standard moral dan tuntutan perundangan dalam masyarakat . Contohnya: undang-undang persekutuan terhadap rompakan bank dan standard moral terhadap perbuatan mencuri.

- Beberapa perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai ahli yang masyarakat akhirnya akan digambarkan melalui perubahan pada undang-undang seperti akta amalan rasuah antarabangsa dan akta pengawalan pencemaran udara persekutuan.

Ujian Kendiri

Apakah itu undang-undang dan bagaimana ia digubal?

Undang-undang boleh didifinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan. Bincangkan.

Pembentukan / penggubalan undang-undang melibatkan proses yang panjang dan kompleks. Apakah proses-proses yang perlu dilalui dalam penggubalan undang-undang.