Thursday, July 13, 2006

Bab 2 Moral And Social Responsibility (Moral dan Tanggungjawab Sosial)

2.1 Conditions for Moral Accountability and Liability (Keadaan untuk Tanggungjawab Berprinsip Moral dan Tanggungan)

Setelah kita mempunyai asas untuk menentukan sesuatu tindakan/perlakuan yang dilakukan adalah “salah” atau “betul” dari segi moral, maka kita perlu menahan orang tersebut di atas perlakuan/tindakan mereka. Tanggungjawab undang-undang bukan merupakan isu disini. Seorang eksekutif atau pengurus yang melakukan kesalahan dari segi etika mungkin tidak akan di dakwa oleh mahkamah. Tetapi dari segi moral ia masih lagi dipertanggungjawab keatas tindakan tidak beretika yang telah dilakukan. Ganti rugi terhadap kerosakkan mungkin perlu dilakukan.

2.1.1 Knowledge and Freedom (Pengetahuan dan Kebebasan)

Seseorang secara moral boleh dipertanggungjawabkan terhadap tindak tanduk mereka.sekiranya mereka mengetahui tindakan yang dibuat adalah dengan kerelaan hati dan tanpa sebarang paksaan secara fizikal mahupun psikologi.

2.1.2 Ignorance (Kedunguan/kebodohan/ketidaktahuan)

Alasan ketidaktahuan hanya boleh digunakan apabila ianya tidak bersalah. Ini berlaku apabila seseorang tidak memahami hukum alam yang terjadi atau tidak dapat menerima semua yang munasabah yang dapat dijangka akibat daripada perbuatannya. Persoalan mengenai kedunguan ini kadangkala tidak ketara di dalam situasi perniagaan.

Kes:

Diandaikan seorang pengurus di dalam jabatan khas di Sebuah syarikat menyerahkan selonggok baucer untuk mendapatkan semula sumbangan persendirian kepada ahli politik – sumbangan itu sepatutunya tidak sah jika dibuat melalui syarikat tersebut.

Kini ketua eksekutif di dalam jabatan tersebut seperti kebiasaannya terpaksa menanggung tindakan bodohnya itu. Di dalam hal ini, bagaimanapun, terdapat beberapa peringkat supervision yang perlu dilalui di antara mereka dan ketua mereka. Mereka tidak akan menjangka untuk mengetahui perbelanjaan akaun yang dinaikkan kecuali dan jika tidak dilindungi untuk di audit dan laporan untuk masa yang lain. Tetapi jika eksekutif tersebut mendapat petunjuk di sesuatu tempat sepanjang perjalanan yang mereka tidak menjangkakan orang ramai membuat sumbangan yang keluar dari poket sendiri dan tidak mahu mengambil tahu bagaimana mereka hendak mendapatkan kembali duit mereka, Mereka sepatutnya mengambil tahu tindakan mereka sebagai akibat perkongsian di dalam moral (jika tidak sah) bertanggungjawab untuk apa yang mereka lakukan.

2.1.3 Coercion (penggunaan kekerasan / paksaan)

Ianya mungkin boleh menjadi mudah untuk tekun sama ada kedunguan menjadi alasan kepada seseorang di dalam situasi yang khas/khusus dari untuk menghakimi kepada apa darjah penggunaan kekerasan/paksaan menyusutkan/ mengurangkan tanggungjawab yang bermoral. Pegawai bank yang menjaga kaunter yang mana menyerahkan sejumlah wang tunai yang ada di dalam laci kepada perompak bersenjata adalah jelas tidak bersalah dari segi moral di dalam menggelapkan/melesapkan harta bank. Apa pula situasi dimana ahli perniagaan perlu bekerjasama di dalam beberapa kegiatan yang jelas kelihatan tidak bermoral diterima sebagai ahli oleh semua? Andaikata pengurusan tertinggi di sesebuah syarikat bertanya atau mengarahkan orang bawahan ataupun kontraktor untuk membawa keluar tindakan yang mungkin membawa bencana kepada orang ramai ataupun hartabenda ataupun Secara mudah dikatakan yang tidak jujur.

Seperti contoh:

- membuang sisa toksik dimana ianya akan mengakibatkan pencemaran bekalan air kepada masyarakat.
- Membentuk jalan keluar untuk memecat atau menjatuhkan/ menurunkan pangkat pegawai yang mana telah menyebabkan kejengkelan/kemarahan kepada pengurusan.
- Mengabaikan keselamatan dari bahaya yang mana terlalu mahal untuk dibaiki.
- Mengubahsuai penyata kewangan untuk menyembunyikan bukti kesalahan pengurusan ataupun penipuan.
- Menyembunyikan peribadi atau sikap boros/suka membazir ketua dalam mengisi baucar pengeluaran.
- Menyembunyikan sumbangan politik dalam akaun pengeluaran palsu.
- Persetujuan kepada pelanggan morally diragukan mendesak kepada menghindar kehilangan pelanggan yang bernilai.

Soalan:

- berapa banyak penggunaan kekerasan/paksaan yang termasuk di dalam contoh?
- Adakah pekerja yang bertanggungjawab sanggup memperkecilkan moral mereka disebabkan oleh ketua, pengurusan tertinggi ataupun pelanggan memberitahu mereka untuk melakukan apa-apa perkara?
- Bolehkan pekerja mendakwa ketua, syarikat ataupun pelanggan yang mana benar-benar melakukandan mereka hanya menurut arahan?

Kaji tiga kes hipotesis yang berikut untuk pertimbangan yang lanjut:

1. Kes Diskriminikasi

Andaikan sebuah syarikat multinasional Malaysia yang besar hendak mengukuhkan kedudukannya untuk mengaut keuntungan yang besar dengan syarikat luar negara yang mana secara rasmi berprasangka terhadap eksekutif jualan perempuan dan telah menjelaskan mereka tidak mahu berbincang dengan eksekutif perempuan tersebut. Pengurusan tertinggi syarikat Malaysia itu dengan sengaja mengecualikan eksekutif perempuan mereka dari menyertai perbincangan perniagaan ataupun mesyuarat sosial dengan pegawai tersebut.dengan itu bersekongkol terhadap kelakuan diskriminikasi.

Soalan:

Bolehkah pengurusan syarikat multinasional Malaysia mendakwa penggunaan kekerasan/paksaan Secara sah dan ia seperti kehilangan akaun jika mengabaikan sensitiviti kebudayaan pelanggan.

2. Kes Kawasan Nuklear

Andaikan seorang pekerja di Sebuah syarikat yang membuat senjata nuclear menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh syarikat tersebut morally salah.



Soalan:

a) Orang tadi berhenti dari memberi kerjasama dan dia menganggap kerjanya merupakan suatu prinsip moral yang jahat dan seterusnya beliau meletak jawatan?
b) Apakan jadi apabila dia tidak berupaya mencari pekerjaan yang mempunyai gaji yang tinggi?
c) Sekiranya kesan dari segi kewangan amat teruk sekali adakah wajar untuk beliau bekerja di situ untuk beberapa tahun lagi?


3. Kes Insuran

Seorang adjuster insuran diupah oleh beberapa syarikat auto untuk memeriksa laporan kehilangan peralatan elektronik, beliau gelisah apabila diarahkan untuk meluluskan permohonan insuran tadi tanpa melakukan sebarang pemeriksaan terhadap kenderaan yang kehilangan peralatan elektronik tadi. Selepas melakukan pemeriksaan, beliau dapati laporan yang dibuat adalah palsu, tiada kehilangan peralatan elektronik. Apabila beliau menghalang kelulusan pampasan insuran tersebut, ia mungkin akan kehilangan business (pelanggan) dan apabila sikap beliau bertindak sebagai whistle blowing diketahui umum, beliau mungkin akan disingkirkan.

Soalan:

Bolehkah adjuster tadi mengatakan beliau dipaksa (coercion) untuk meluluskan pampasan tersebut dan menganggap tindakan beliau bukannya suatu tindakan tidak bermoral kerana tindakan tersebut adalah atas desakan insurers (pelanggan).


2.2 The Natural Law Solution to the Cases

Pihak natural law moralist berpendapat sesuatu tindakan tanpa kerelaan merupakan satu tindakan yang kurang dipertanggungjawabkan. Kekerasan aniaya dan ketakutan mungkin menyebabkan seseorang melakukan sesuatu tindakan tanpa kerelaan mereka, walau bagaimanapun di dalam ketiga-tiga kes tadi, kekerasan aniaya terhadap fizikal bukan menjadi satu isu; tetapi ketakutan kehilangan mata pencarian atau keuntungan akan diambil kira. Adakah ketakutan/kebimbangan ini mencukupi untuk membolehkan seseorang terlibat di dalam melakukan kes tersebut secara kepaksaan (tanpa kerelaan)? Jawapannya bergantung kepada sama ada kerjasama tersebut berunsur FORMAL atau MATERIAL.


Kerjasama FORMAL bermaksud Seseorang menjadi rakan sekerja yang secara sukarela untuk melakukan perbuatan yang salah, dengan mengizinkan dan membenarkan kejahatan dilakukan. Formal cooperation tidak pernah dapat ditentukan walaupun dengan ketakutan yang amat sangat

Kerjasama MATERIAL membawa maksud yang bertentangan, Ia bermaksud seseorang diminta untuk melakukan suatu tindakan yang masuk akal (logik), tidak jahat pada amnya, tetapi pada akhirnya ia secara tidak langsung telah membantu orang tersebut untuk melakukan sesuatu tindakan yang pada hakikatnya adalah salah.


1. The Discrimination Case (Kes Diskriminasi)

Pegawai yang berkuasa di dalam syarikat tersebut telah diarah untuk mengecualikan wanita dari mengikut serta di dalam aktiviti perniagaan yang merupakan urusan mendapatkan projek/tender.
Tindakan ini dikira tidak bermoral kerana telah diskriminasi seseorang berdasarkan jantina bukannya berdasarkan keupayaannya.
Pada pandangan Natural Law, perbuatan pihak atasan tadi dikira sesuatu tindakan yang salah kerana menyingkirkan pekerja wanita tersebut dari urusan perniagaan. Ketakutan mengenai kehilangan pelanggan/projek bukan merupakan suatu alasan yang dibolehkan


2. The Nuclear Plant Case (Kes Kilang Nuklear)

Pekerja mengangap pengeluaran barangan nuklear atau senjata kimia itu sendiri adalah suatu tindakan tidak bermoral. Bagaimana kita menilai tindakan tersebut merupakan kerjasama FORMAL atau MATERIAL?
Andaikan pengeluaran senjata ini secara faktanya adalah tidak bermoral kerana ia mengancam berjuta nyawa manusia sekiranya ia digunakan di dalam peperangan. Kita harus bertanya pada diri sendiri. Adakah ia merupakan seorang ahli sainstis yang membuat senjata tersebut atau sekadar seorang yang tidak penting dalam proses pembikinan senjata tersebut?
Sekiranya beliau merupakan seorang yang penting dalam usaha membuat senjata tersebut, beliau dianggap sebagai kerjasama FORMAL. Perbuatan ini dikira kejahatan moral (tidak bermoral) walau pun beliau takut akan kehilangan wang saraan hidup dan menggunakan alasan (kehilangan sumber pendapatan) sebagai alasan untuk terus kekal di dalam syarikat tersebut.
Tetapi sekiranya tugas beliau adalah tidak kena mengena dengan perbuatan senjata secara langsung seperti jawatan kerani, seterusnya beliau kuatir akan kehilangan mata pencarian atau wang pencen maka beliau bolehlah terus kekal bekerja disitu sehingga pencen atau sehingga berjaya mendapatkan pekerjaan lain yang sama gajinya.



3. The Insurance Case (Kes Insuran)

· Seorang adjuster insuran beliau dipaksa untuk berbohong dan melakukan penipuan tersebut, adalah suatu tindakan yang tidak bermoral.
· Sekiranya ia mengubah tafsiran, maka beliau secara formal telah melakukan kejahatan terhadap syarikat insuran. Ketakutan atas sebab kehilangan pelanggan tidak membolehkan digunakan sebagai alasan. Ia dianggap kerjasama FORMAL.


2.3 The Utilitarian Solution to the Cases


1. The Discrimination Case (Kes Diskriminasi)

Pada pandangan pihak Utilitarian, keputusan pihak atasan untuk menyebelahi/menitik beratkan keuntungan mungkin dikritik teruk kerana tidak mengkaji kesan dari perbuatan tersebut. Untuk mengira kesan negatif akibat tidak memasukkan wanita di dalam perbincangan perniagaan, kita perlu bertanya beberapa soalan.

i) Adakah penghinaan terhadap wanita ini akan menyebabkan kerosakkan psikologi yang teruk?
ii) Apa kos yang terpaksa ditanggung untuk melatih semula penganti wanita tersebut sekiranya beliau bertindak berhenti kerja hasil dari diskriminasi jantina?
iii) Apa akan terjadi sekiran pihak awam mengetahuinya?
iv) Adakah reputasi syarikat akan terjejas dan mengakibatkan kehilangan pelanggan sedia ada dan pelanggan masa depan dan seterusnya kehilangan para pelabur?
v) Adalah syarikat tersebut mampu memikat hati pekerja yang berkualiti?
vi) Apakah kos saman yang harus dibayar untuk saman ke atas diskriminasi?
vii) Apakah kesannya terhadap keadilan sosial, di atas usaha kenaikan pangkat?

Walaupun tindakan tersebut kelihatan seperti keputusan perniagaan. Tetapi perlu diingat, moral adalah menjadi isu disini. Pada pandangan pihak utilitarian, keputusan tersebut adalah tindakkan moral semata-mata kerana perniagaan. Tetapi ia mungkin merupakan tindakan perniagaan yang baik/wajar tetapi secara moral ia tidak semestinya bermoral walaupun pada keseluruhannya membawa banyak manfaat kepada ramai orang.


2. The Nuclear Plant Case

Dilema pekerja sama ada ingin terus bekerja atau berhenti bekerja di kilang nuklear tersebut dan seterusnya akan kehilangan gaji yang tinggi serta manfaat yang lain, yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain.

Adalah menjadi satu kemestian untuk pekerja tersebut mengkaji kesan dari tindakan beliau kekal bekerja di situ. Adalah beliau terlibat sama membina senjata tersebut atau sekadar kakitangan yang tidak terlibat secara langsung membuat senjata tersebut. Pada pandangan utilitarian, tindakkan mengeluarkan senjata itu sendiri adalah tidak bermoral kerana senjata tersebut berpotensi untuk membunuh berjuta penduduk.

3. The Insurance Case

Keputusan adjuster insuran untuk membuat tuntutan palsu:

Apa akan berlaku sekiranya beliau bersetuju utk menipu
Apa akan berlaku sekiranya beliau tidak mahu menipu dab membuat laporan kepada agensi kerajaan
· Ini akan menyumbang kepada kenaikan pembayaran premiums untuk mengimbangi jumlah wang yang terpaksa dibayar akibat dari tuntutan palsu
· Sekiranya diketahui ramai, adjuster dan pegawai yang terlibat mungkin akan dikenakan ditindakan disiplin, denda atau penjara
· Reputasi adjuster akan terjejas
· Tuntutan palsu kemungkinan boleh menyelamatkan beliau dari masalah ekonomi dan kemungkinan juga boleh menaikkan keuntungan syarikat dan pemegang saham
· Sekiranya syarikat insuran menolak beliau sebagai ahli (blackball), beliau tidak boleh lagi mencari makan di syarikat insuran.
· Orang awam mungkin menyanjung di atas sikapnya yang jujur, tetapi reputasi sebagai “whistle blower” akan bertentangan dengan syarikat insuran
· Beliau juga harus menilai kesan psikologi dan kerosakkan emosi yang akan beliau hadapi.


Kesan yang positif terhadap penolakkan dari melakukan kerja penipuan ini akan dirasai oleh pelanggan kerana tidak perlu membayar premium tambahan untuk menutup tuntutan yang salah tadi.

Bahagian yang sukar di dalam membuat pertimbangan Utilitarian itu dalam hal ini jadi adalah bagaimana dengan tepat mengimbangi kehilangan ke semua pelanggan menjamin oleh dana khas jika dia enggan memfailkan tuntutan palsu tersebut jika Adjuster itu membuat keputusan untuk memfailkan tuntutan tipu bertentangan dengan kehilangannya sendiri. Sekali lagi, paksaan (coercion) dengan sendirinya tidak membawa sebarang kesan pun di dalam kiraan utilitarian.



2.4 The Cultural Relativist’s Solution to the Cases (Pandangan dari pihak Cultural Relativist mengenai Kes)


The Discrimination Case

Terdapat 2 konflik culture (budaya). Budaya pada pegawai organisasi dan budaya pada wakil pelanggan. Budaya siapa harus mengatasi? Secara amnya pihak cultural relativist akan menilai aspek moral bergantung kepada dimana perniagaan dan sosial itu akan di adakan.

The Nuclear Plant Case

Pihak Cultural Relativist berpendapat sekiranya pembinaan kilang nuklear adalah di atas arahan kerajaan, maka secara tidak langsung ia menunjukkan masyarakat ditempat tersebut menyokongnya. Maka para pekerja bolehlah meneruskan pekerjaan mereka tanpa rasa kesalahan berprinsip moral.

The Insurance Case

Pada pihak Cultural Relativist, Adjuster insurans itu mesti menentukan situasi mana yang menguasai keadaan. Sekiranya undang-undang secara jelas telah melarang membuat laporan palsu seperti ini, maka ia harus mematuhinya. Sebaliknya, beliau mesti mengetahui apa yang budaya (culture) jangkakan pada pandangan masyarakat mengenai tindakan moral tersebut.




Ringkasan

Untuk pihak Natural Law, alasan paksaan hanya boleh digunakan di dalam kes dimana ketakutan berlakunya kemusnahan kebebasan seseorang di dalam kerelaan melakukan tindakan tersebut.

Kerjasama Cooperation bermaksud tindakan yang dilakukan adalah bermoral pada asasnya, tetapi orang lain telah menggunakannya untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Kerjasama Formal bermaksud seseorang melakukan tindakan tidak bermoral, bermaksud moral yang salah dan beliau bekerjsama melakukan perbuatan jahat secara moral.

Pada pihak natural law, kerjasama material adakala boleh dijustified sebagai alasan yang baik, biasanya di dalam kepentingan diri. Tetapi kerjasama formal di dalam melakukan kejahatan tidak pernah diizinkan.



2.5 Ethics in Organization Context (Konteks Etika dalam Organisasi)

Etika adalah satu prinsip bermoral yang diterima sebagai kelakuan (tingkah laku) individu yang diterima umum.

Seterusnya baca sendiri.


2.6. Managing Ethical Behaviour (Mengurus Kelakuan Mengikut Etika)


































2.5 Ethics in a Organizational Context


Culpable
bersalah, patut dihukum



Ignorance
kedunguan, kebodohan, ketidaktahuan




Consequence
akibat, hal penting, kepentingan


accountability
keadaan yg dpt dipertanggung jawabkan
Liability ( ties )
kekurangan, pertanggung jawaban, kecenderungan, kecondongan

Deliberately
dengan sengaja, berhati-hati


Coercion
paksaan

Aware
sadar, mengetahui, insaf

keadaan untuk dipertanggungjawabkan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home