Thursday, July 13, 2006

Bab 4 Etika Pengurusan , ‘Rule Of Law' Dan Rekabentuk Organisasi

Pengenalan

Unit ke dua modul ini mengariskan isu-isu berkaitan dengan undang-undang sebagai panduan kepada keputusan dan tindakan pengurusan apabila organisasi berhadapan dengan dilemma etika. Bab pertama unit ini mengupas undang-undang sebagai satu set peraturan yang mencerminkan penilaian moral yang dipegang dalam masyarakat kita. Bab kedua akan membincangkan kod-kod etika dan punca-punca tindaklaku tidak beretika dalam Sebuah organisasi.

Objektif

Setelah menamatkan bab ini anda akan memperolehi:

Menggunakan undang-undang sebagai kombinasi penilaian moral seperti mana yang diterbitkan dengan meluas, diterima secara umum dan telah biasa dilaksanakan.
Mengenalpasti beberapa punca struktur terhadap tingkahlaku yang tidak beretika dalam organisasi dan cara-cara dalam menyelesaikannya.
Merancang sistem untuk pengurusan tingkahlaku dalam organisasi.


4.1 The Rule of Law

Kita akan melihat undang-undang sebagai dasar kepada keputusan pengurusan apabila berhadapan dengan dilemma etika.

Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakt untuk mengawal tingkahlaku dalam masyarakat

Kita harus merujuk krpada undang-undang apabila berhadapan dengan konflik antara prestasi ekonomi organisai dan prestasi sosial. Biarkan undang-undang yang memutuskan. Di dalam masyarakat demokrasi dimana peraturan dan undang-undang dianggap mewakili penilaian moral dari ahli masyarakat Secara keseluruhannya. Kita harus mematuhi penilaian moral ini dan tidak sepatutnya membentuk pendapat moral peribadi kita. Ada banyak contoh undang-undang yang mencerminkan penilaian moral terkumpul

4.2 Undang-undang sebagai Panduan Untuk Pilihan Moral

Kita tidak boleh bergantung kepada pasaran sebagai panduan untuk membuat keputusan dan tindakan pengurusan apabila berdepan dengan dilemma etika, tetapi bagaimana pula dengan undang-undang? Hujah yang saha adalah sangat berlainan.
Hujah yang sah adalah masyarakat satu set peraturan dan peraturan ini melambangkan pilihan ahlinya secara menyeluruh dalam masyarakat berkaitan dengan sebarang keputusan dan tindakan yang menjejaskan kebajikkannya

Argumen ini boleh diaplikasikan. Contohnya, apabila seorang pegawai bank membuat keputusan di antara memberikan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan yang kecil dan akan mendapat pulangan dengan kaedah faedah yang dikawal oleh undang-undang atau memberikan pinjaman tersebut kepada syarikat besar yang berada jauh (asing), risikonya rendah dan menjanjikan pulangan yang lebih besar sekiranya kos lebih rendah dalam pengurusan pemberian pinjaman kepada syarikat besar yang kukuh di segi kewangan ini dimasukkan ke dalam pengiraan.

Sekiranya anda pegawai bank tersebut, apakah langkah-langkah yang akan anda amil?

Katakan dalam kes di atas masyarakat telah memutuskan bayaran faedah yang melampau adalah lebih membahayakan berbanding sokongan tempatan yang dihadkan, maknanya pinjaman tersebut harus diberikan kepada syarikat besar itu (Walaupun bukan syarikat tempatan). Patutkah kita membantahnya? Anggapkan kita percaya kita perlu membantah demi kepentingan masyarakat maka kita harus menyokong syarikat-syarikat kita. Seperti yang dikatakan bahawa:

· Sekiranya kita tidak mengemari tindakan sesebuah syarikat, kita harus cuba untuk meluluskan undang-undang menghalang perbuatan tersebut atau mengalakkan tindakan alternatif
· Sekiranya kita tidak dapat mengesahkan undang-undang melalui proses demokratik maka kita harus menerima keadaan seadanya

Adaian di sini bahawa kita patut bergantung kepada undang-undang dalam membuat keputusan dan bersetuju sekiranya sesuatu tindakan itu “benar”. Sekiranya ia sah disisi undang-undang dan “salah” sekiranya ia tidak mematuhi undang dengan kefahaman bahawa keputusan ini boleh diubah bergantung kepada pandangan majority masyarakat.

Dalam contoh yang diberi (pihak bank enggan memberi pinjaman modal kepada syarikat tempatan yang berisiko sebaliknya diberikan kepada syarikat luar yang kurang berisiko). Agak mudah untuk membentuk undang-undang yang memperbetulkan keadaan ini. Setiap bank dalam negeri atau negara mungkin harus disyaratkan (menggunakan undang-undang) untuk melabur sejumlah peratusan tertentu wang mereka untuk masyarakat setempat.


4.3 Satu Contoh Pilihan Moral

Kira kembali kepada pegawai bank yang kita bincangkan sebelum ini. Dia perlua memutuskan sama ada patut atau tidak dia melabut dalam syarikat tempatan yang berisiko tinggi tetapi yang menyediakan peluang pekerjaan dan kebaikan lain kepada masyarakat tempatan. Anggaplah bahawa:

· Masyarakat setempat berada dalam kawasan yang mempunyai kadar pengganguran yang tinggi di mana peluang kerja sangat diperlukan dan syarikat tempatan terlibat dalam perusahaan yang memerlukan banyak tenaga buruh.
· Manakala syarikat asing itu, kompeni besar di Bandar yang jauh memerlukan modal yang besar dan mampu menjana peluang-peluang kerja baru.
· Syarikat tempatan itu mengeluarkan produk kesihatan yang mampu mengurangkan penyakit golongan tua diseluruh negara Manakala syarikat luar itu pula mengeluarkan produk makanan dalam pek yang tinggi kalori dan tidak berkhasiat.
· Bantuan modal oleh agensi-agensi kerajaan kepada peniaga atau syarikat kecil dibekukan baru-baru ini.

Ini adalah contoh dilemma etika yang klasik, pilihan diantara prestasi ekonomi dan kewajipan social dirumitkan lagi oleh kesan-kesan jangka panjang, hasil yang tidak pasti dan implikasi karier.

Apakah keputusan kita bila berdepan dengan pilihan sebegini? Sekiranya pegawai bank memberi jawapan kepda pemilik syarikat kecil tempatan itu bahawa dia ingin membanu tetapi:

· Undang-undang menghalang pulangan yang mencukupi untuk menanggung risiko itu.
· Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah yang terdapat pada masa ini.
· Pengawai bank dikehendaki meminimakan risiko untuk para pendeposit mereka.

Sudah tentu respon biasa dari pihak bank untuk pinjaman (yang diperlukan dari aspek sesial tetapi goyah kewangan) ialah: tidak menjelaskan alasan untuk penolakan tersebut. Biasanya mereka akan sekadar mencadangkan nama-nama peminjam lain atau mencari pinjaman dari pihak lain.

Persoalan dalam keas ini, bukanlah sama ada pihak bank harus memberi pinjaman kepada perusahaan yang perlu di sudut social tetapi sukar diusahakan. Memang jelas, tiada bank yang mampun bertahan sekiranya terus memberi pinjaman sebegini. Tambahan bank tidak harus terus memberi pinjaman sebagai kemudahan masyarakat di mana mereka beroperasi. Harus ada had dan keseimbangan untuk kebaikkan kedua-dua pihak. Persoalannya, bagaimana untuk mencapai keseimbangan ini?

4.4 Undang-undang Kombinasi Penilaian Moral

“Jika kita boleh melangkaui peraturan-peraturan asas dalam undang-undang ketika membuat keputusan atau tindakan tetapi kita tidak boleh melepasi undang-undang kerana dengan berbuat demikian kita melanggar kehendak majority rakyat. Kita hidup dalam masyarakat demokrasi, sekiranya kita tidak menyetujui sesuatu yang kita terpaksa lakukan, maka kita harus mendapatkan majority para pengundi untuk meluluskan undang-undang untuk menghalang tindakan tersebut. Namun sebelum ia dicapai, kita harus mematuhi kehendak majority rakyat”

Bagaimana reaksi kita terhadap kenyataan di atas? Sekiranya tidak mungkin untuk kita memberi reaksi yang logic dab menyakinkan, adakah kita terpaksa menerima undang-undang sebagai pemberi kata putus bila berhadapan dengan dilemma moral?

Untuk menjawap soalan ini, adalah perlu untuk:

· Pertama, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa kita membincangkan set konsep yang sama
· Keuda, memeriksa proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang.

4.5 Definisi Undang-Undang

Undang-undang boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan menyeluruh diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa di kuatkuasakan.

Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli masyarakat yang lain. Ia adalah keperluan untuk bertingkahlaku yang dinyatakan, bukannya sekadar harapan atau cadangan atau permintaan. Dalam kata lain, undang-undang ialah apa yang mesti kita lakukan. Undang-undang didefinisikan sebagai set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan. Mari kita lihat setipa cirri ini secara lebih terperinci.

1. Konsisten – tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus konsisten untuk membolehkan diterima sebagai sebahafian daripada undang-undang. Iaitu, sekiranya terdapat 2 tuntutan yang saling bertentangan kedua-duanta tidak boleh diterima sebagai undang-undang kerana jelas orang ramai tidak mungkin dapat mematuhi kedua-duanya serentak

2. Menyeluruh – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, haus menyeluruh atau boleh diterima oleh semua orang yang mempunyai cirri-ciri yang sama atau berhadapan dengan set suasana yang sama.

3. Diterbitkan – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, haruslah diterbit dan dicetak jadi ia boleh diterima masyarakat. Sudah pasti tidak semua orang mempunyai masa untuk membaca dan memahami semua yang diterbitkan itu. Bagaimanapun ahli-ahli professional terlatih seperti peguam, boleh menginterpretasi dan menerangkan tentang undang-undang kerana itu tidak mengendahkan undang-undang bukanlah satu alasan yang boleh diterima.

4. Diterima – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus dipatuhi sekiranya kebanyakkan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi undang-undang itu secara sukarela maka mereka harus dipaksa mematuhinya.

5. Dikuatkuasakan – Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus dikuatkuasakan. Ahli-ahli masyarakat harus memahami dan ia akan dipaksa untuk mematuhi undang-undang sekiranya mereka tidak ingin mematuhinya secara sukarela. Mereka juga harus sedar bahawa sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang dan ia telah dicatat dan dibuktikan, maka mereka akan kehilangan keselesaan, masa, wang, kebebasan dan hidup mereka. Sesuatu yang wajib ada dalam undang-undang ialah ia harus menjelaskan kepada rakyay tentang apa yang akan berlaku sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang.

Set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan ini (apa yang kita panggil undang-undang). Disokong oleh rangka kerja yang mengandungi institusi social yang pakar seperti pada jadual di bawah:

Insitusi Sosial
Tanggungjawab
Badan Pengubal Undang-undang (Dewan Rakyat/Negara)
Mengubal undang-undang
Peguam dan pengerusi perundangan
Menerangkan tentang undang-undang
Mahkamah dan agensinya
Mentafsir undang-undang
Polis
Menguatkuasakan undang-undang

Mahkamah keadilan seringkali kelihatan mengabaikan keperluan untuk kekal konsisten dan menyeluruh dan lebih penumpuan kepada ‘menang kes’ dan bukannya untuk ‘menegakkan keadilan’. Tindakan penguatkuasaan oleh pihak polis juga sering dilihat sambil lewa dan hanya cuba menjaga keamanan dan bukannya mengekalkan keadilan. Kita harus akui bahawa:

· Menguatkuasakna undang-undang adalah tugas yang susah dan seringkali membahayakan.
· Menafsirkan undang-undang seperti kes-kes mahkamah, seringkali melibatkan jumlah wang banyak dan potensi untuk mendapatkan wang jumlah yang besar, mengakibatkan konsep undang-undang sebagai peraturan yang diterbit dan diterima seringkali menyimpang

Tetapi kita melihat undang-undang sebagai satu konsep yang ideal, yang mengandungi peraturan-peraturan yang konsisten dan menyeluruh, dalam menjadi panduan kepada keputusan pengurusan. Undang-undang bukanlah suatu reality yang cacat.


4.6 Perhubungan Antara Undang-Undang dan Standard Moral

Undang-undang sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, mungkin dilihat sebagai satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang mengatur kelakuan menerima peraturan-peraturan ini sebagai mewakili pandangan moral ahli-ahli masyarakat secara keseluruhannya.

· Sekiranya kita boleh menerimanya, maka kita ada ukuran tertenut untuk dijadikan panduan dalam tindakan dan keputusan pengurusan walaupun ukuran ini mungkin berada pada tahap yang minima.

· Sekiranya kita tidak dapat menerima set peraturan ini sebagai wakil penilaian moral secara keseluruhan masyarakat, maka kita perlu mencari tempat lain yang sesuai dengan ukuran kita.

Dalam menimbangkan hubungkait yang mungkin wujud di antara penilaian moral dan tuntutan undang-undang bertulis dan keputusan mungkin akan dicapai dengan segera.

Kesimpulan 1

· Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan ukuran moral masyarakat, tetapi ia tidaklah benar-benar sama. Untuk lebih jelas; seseorang yang melanggar undang-undang dengan melakukan rompakan jufa melanggar ukuran moral kerana mencuri. Begitu juga, adalah mudah untuk menyatakan bahawa undang-undang berkaitan perlakuan seksual, penyalahgunaan dadah, penipuan produk dan mematuhi kontrak adalah saam dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh kebanyakkan orang dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa masyarakat demokratik, tuntutan undang-undang menggambarkan banyak nilai-nilai asas yang dipegang masyarkat dan memang terdapat pertindihan yang wujud antara undang-undang dan morality, seperti yang ditunjukkan di bawah:
· Tetapi kawasan pertindihan ini tidak lengkap. Terdapat sesetengah undang-undang yang dari segi moralnya tidak betul, tanpa ada konteks etika sama sekali. Tuntutan untuk kita memandu di sebelah kiri jalan contohnya bukan semestinya “benar” atau “salah”; apa yang penting kita semua mencapai persetujuan tentang sebelah jalan mana ia harus kita pandu kenderaan kita.

· Akhir kata, apa juga ukuran moral yang tidak melibatkan undang-undang sama sekali. Kita semua menentang pembohongan tetapi menyatakan kebenaran tidak dituntut oleh undang-undang kecuali dalam mahkamah dan ketika membuat sumpah ataupun dalam keadaan yang khusus seperi dalam kontrek pekerjaan atau jualan harta.

Kesimpulan 2
Tuntutan undang-undang biasanya ke arah negatif, manakala ukuran moral biasanya agak positif. Menurut undang-undang kita tidak boleh menyerang merosak atau mencemar nama baik antara satu sama lain tetapi tidak semestinya dituntut untuk menolong orang malah dalam keadaan yang ekstrim sekalipun. Tiada undang-undang contohnya yang menyatakan bahawa kita mesti menolong kanak-kanak yang lemas. Disini ukuran modal masyarakat boleh dijadikan panduan. Sudah pasti 99.9% warga dewasa dalam mana-mana negara akan pergi menyelamat seorang kanak-kanak yang lemas bergantung kepada kemampuan mereka.

Kesimpulan 3
Tuntutan undang-undang seringkali ketinggalan dibelakang kehendak moral masyarakat. Perhambaan pastinya satu contoh yang paling menjijikkan tetapi diskriminasi seks dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh dinyatakan sebagai masalah moral yang lambat disembuhkan oleh perundangan. Pendokong kedaulatan undang-undang akan berkata, bagaimana kelambatan yang wujud antara muafakat moral dan persetujuan undang-undang tidak menunjukkan hubungan lemah antara tuntuan undang dan ukuran moral. Mereka akan mendakwa undang-undang berkaitan pengawalan diskriminasi, pencemaran dan rasuah lambat laun akan disahkan/diluluskan juga.
4.7 Pembentukan Undang-undang

Undang-undang dibentuk melalui serangkaian proses yang digariskan di bawah.

4.7.1 Proses Individu

Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan senantiasa berubah-ubah mengikut masa. Fikirkan tentang perubahan yang telah wujud dalam undang-undang yang menguruskan pekerjaan, kita akan dapati memang wujud kelambatan masa di antara perubahan dalam ukuran moral dan tuntutan undang-undang. Contohnya perkara-perkara yang dianggap sah di sisi undang-undang 20 tahun dahulu (seperti diskriminasi bangsa/sex dalam pengambilan pekerja atau pembuangan sisa kimia ke tasik dan sungai) kini dianggap melanggar undang-undang.

Persoalan adakah perubahan dalam undang-undang ini dating dari perubahan-perubahan dalam standard (ukuran) moral majority rakyat melalui proses social dan poltik, dan seterusnya adalah undang-undang itu mewakili ukuran moral masyarakat kita secara keseluruhannya. Proses-proses social dan politik melalui perubah ukuran moral manusia diinstitusikan menjadi suatu rangka perundangan yang rasmi untuk masyarakat adalah proses yang panjang dan kompleks tapi boleh diringkaskan.

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang akan membentuk ukuran moralnya yang tersendiri seperti yang ditunjukkan di bawah:

Bentuk Ukuran Moral
Norma / Kebiasaan
· Norma adalah kriteria kelakuan
· Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain akan bertindak / berkelakuan bila berhadapan dengan sesuatu situasi tertentu.
Kepercayaan
· Kepercayaan adalah criteria pemikiran
· Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu.
Contoh:

Saya percaya pada demokrasi “penglibatan” dan saya berharap orang lain akan menghargai konsep tersebut dan menerima sebagai satu bentuk kerajaan.

· Kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak melibatkan tindakan. Ia adalah satu cara berfikir yang abstrak yang menyokong norma-norma seseorang.

Nilai
· Nilai, bentuk ketiga dalam corak criteria peribadi, juga membentuk ukuran moral seseorang. Ia adalah peringkat-peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma-norma dan kepercayaan-kepercayaannya.
· Semua orang yang menganggap bahawa semua norma dan kepercayaan mereka mempunyai tahap kepentingan yang sama.
· Secara umumnya, sesetengahnya lebih berbanding yang lain. Norma dan kepercayaan yang penting adalah apa yang dihargai dan dipegang sepenuhnya oleh seseorang itu.

Nilai seringkali adalah kontroversi. Kenapa? Kerana mugkin norma dan kepercayaan yang dipegang sepenuhnya oleh seseorang akan bertentangan dengan norma dan kepercayaan yang juga dipegang kukuh oleh orang lain pula. Umumnya akan wujud sedikit tolak ansur kerana setiap orang terikat kepada kriteria-kriterianya terhadap:

- Kelakuan (cara mana seseorang itu patut berkelakuan)
- Kepercayaan (cara mana seseorang itu patut berfikir)

Kita hidup dalam masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya dan dalam sebuah negara sekular di mana agama bebas diamalkan, maka kita harus menerima hakikat bahawa norma, kepercayaan dan nilai akan berbeza di antara individu. Perbezaan ini mungkin akan mencetuskan konflik.

4.7.2 Proses-proses Kumpulan

Setiap orang membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui pendekatan terhadap:

- Konteks budaya / agama
- Konteks sosial / politik
- Konteks ekonomi / teknologi

Konteks di sini bermaksud maklumat latar belakang atau persekitaran sesuatu suasana.

Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau persekitaran yang tergabung jalin hasil daripada:
- Ajaran agama
- Tradisi budaya
- Kedudukan ekonomi
- Pembangunan teknologi
- Organisasi sosial
- Proses Politik

Jalinan antara konteks-konteks yang dijadikan pilihan oleh individu terhadap norma, kepercayaan dan nilai dibentuk sebegini rupa untuk memastikan yang semua faktor itu berhubung kait / berinteraksi.

Perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan kepada perubahan politik dalam pentadbiran, yang berterusan menyebabkan perubahan ekonomi dalam corak perbelanjaan dan percukaian dan akhirnya akan memberi kesan dalam perubahan budaya dalam gaya hidup.


Teknologi
Politik
Ekonomi
Budaya



Hubungan antara faktor-faktor ekonomi, teknologi , sosial, politik, budaya dan agama tidaklah begitu jelas kesannya terhadap norma, kepercayaan dan nilai seseorang ianya tidak boleh dijangkakan dengan tepat. Tetapi hubungkait dan kesan itu memang ada.

Fikirkan tentang perubahan status kaum wanita contohnya yang telah berubah dengan nyata semenjak dari era pembuatan/perkilangan berat dan perlombongan kepada era industri perkhidmatan dan berasaskan maklumat dalam perkembangan teknologi kaedah pengawalan kelahiran dan pengembangan sosial terhadap peluang Pendidikan.



4.7.3 Proses-proses Sosial

Semua individu tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama yang sama. Pendedahan-pendedahan ini datang dari:

- Kedudukan Individu
- Unit Keluarga
- Rakan sebaya dan
- Organisasi rasmi

Dalam masyarakat demokratik, perubahan ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu-individu dalam masyarakat lambat laun akan memberikan kesan ke atas undang-undang. Kesan-kesan ini adalah hasil dari proses-proses sosial dan politik. Proses-proses sosial pada asalnya melibatkan pertumbuhan / perkembangan kuasa.

Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung untuk bergabung dalam kumpulan-kumpulan kecil, adalah fitrah untuk menyertai orang-orang lain yang mempunyai pandangan yang sama.

Kumpulan-kumpulan kecil ini umumnya adalah sebahagian dari organisasi yang lebih besar seperti:

- Firma-firma perniagaan
- Pertubuhan / kesatuan sekerja
- Parti Politik
- Agensi-agensi kebajikkan
- Pertubuhan-pertubuhan veteran

Pertubuhan-pertubuhan besar ini samada akan mencapai kesepakatan terhadap norma, kepercayaan dan nilai atau berpecah kepada organisasi-organisasi yang lebih kecil untuk mencapai kesepakatan itu. Terdapat juga teori-teori alternatif sebagai cara untuk membentuk kesepakatan ini:

- Keputusan ortokratik
- Penyelarasan birokratik
- Gabungan persetujuan atau kolektif pilihan.

4.7.4 Proses-proses Politik

Proses-proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu di institusikan menjadi undang-undang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah-kaedah untuk menyelesaikan konflik. Organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu sudah tentu mempunyai pandangan berbeza terhadap:

- Kepimpinan presiden
- Tolak ansur institusi
- Persetujuan kongres dan
- Tekanan dari pengundi

Dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat dipertanggungjawabkan ke atas pembentukan undang-undang dalam sistem perwakilan. Bagaimanapun, perbezaan kawasan pembahagian penduduk dan sektor ekonomi menyebabkan isu-isu yang timbul tidak akan sama. Maka gabungan harus dibentuk untuk meluluskan undang-undang. Orang ramai pastinya boleh menyatakan pandangan mereka terhadap undang-undang yang berpotensi dengan mengundi pentadbir dan penggubal undang-undang mereka, atau secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat dan melalui media.






4.8 Kesimpulan Bagi Kedaulatan Undang-undang Sebagai Dasar Untuk Pilihan Moral

Persoalan-persoalan sekarang ialah sama ada proses-proses sosial dan politik ini, yang memakan masa dan kompleks ini benar-benar selaras di antara ukuran moral rakyat kita dan tuntutan undang-undang secara keseluruhannya. Pandangan bahawa undang-undang sebagai mewakili penilaian moral masyarakat adalah satu pandangan yang menarik. Bagaimanapun, kelihatan akan wujud masalah semasa pemindahan dari standard moral individu kepada tuntutan undang-undang menyeluruh pada setiap peringkat dalam proses sosial dan politik.

Standard moral ahli masyarakat mungkin berpandu “maklumat yang kurang” berkenaan isu pelaksanaan koporat.

- Ramai orang tidak sedar mengenai rasuah antarabangsa sehinggalah kes Lockhead didedahkan.

- Kini, ramai orang masih tidak sedar betapa seriusnya masalah pembuangan sisa toksid yang dikeluarkan sebanyak 231 juta tan metrik setiap tahun.

- Sukar untuk standard moral perseorangan untuk memberi kesan kepada undang-undang sekiranya maklumat-maklumat berkaitan hilang / tidak diperolehi.

Standard moral mungkin dihakis akibat pembentukan kumpulan-kumpulan kecil.

- Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil tetapi standard mereka tidak semestinya sama. Tolak ansur harus dibuat.

- Tambahan lagi, banyak kumpulan kecil bertindak daripada motif dan bukannya morality. Keuntungan ekonomi dan pristij professional sering memainkan peranan yang besar.

- Adalah sukar untuk standard moral perseorangan (memberi kesan) kepada undang-undang sekiranya tidak dinyatakan dengan tepat.

Standard moral ahli masyarakat tidak diwakili dalam persetujuan organisasi-organisasi besar.

- Banyak organisasi memang berkongsi norma, kepercayaan dan nilai tetapi tiada bukti menunjukkan setiap individu dan kumpulan dalam organisasi tersebut mempunyai pengaruh yang sama dalam mencapai persetujuan tersebut.

- Ini dapat dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai dalam organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan seperti hospital dan universiti. Standard pekerja-pekerja professional (Cth: Doktor) biasanya lebih menonjol.

Standard moral ahli masyarakat tidak diwakili dalam pembentukan / penggubalan undang-undang.

- Masalah ini sama seperti di atas iaitu dalam membentuk persepakatan dalam organisasi tetapi dalam skala yang lebih besar.

- Tiada jaminan bahawa semua organisasi mempunyai pengaruh yang sama atau pengaruh yang sama diukur dari segi sains dan dalam menentukan undang-undang.

- Ini dapat dilihat dalam ketetapan mengenai undang-undang percukaian, di mana beberapa organisasi seringkali diberikan keistimewaan.

Tuntutan undang-undang yang digubal melalui proses-proses politik seringkali tidak lengkap atau tidak tepat dan perlu disokong oleh keputusan 2 mahkamah keadilan aatau tindakan agensi-agensi pentadbiran.

- Ini boleh dilihat dalam kes-kes penipuan produk atau (ulasan pekerjaan yang sama rata) makna dan aplikasi undang-undang harus dijelaskan di luar proses perundangan.

- Sukar untuk standard moral perseorangan mempengaruhi undang-undang sekiranya mereka dipertimbangkan hanya secara tidak langsung, kalau tidakpun dalam 2 cara penggubalan undang-undang tersebut.














Ringkasan

Apa yang boleh kita kata dalam ringkasan?

- Undang-undang ialah satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang dibentuk untuk mengawal kelakuan bermasyarakat. Peraturan-peaturan ini diterbitkan secara meluas diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan.

- Peraturan yang dibentuk oleh masyarakat mencerminkan pilihan kolektif ahli masyarakat tersebut berkaitan sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat.

- Terdapat pertindihan antara standard moral dan tuntutan perundangan dalam masyarakat . Contohnya: undang-undang persekutuan terhadap rompakan bank dan standard moral terhadap perbuatan mencuri.

- Beberapa perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai ahli yang masyarakat akhirnya akan digambarkan melalui perubahan pada undang-undang seperti akta amalan rasuah antarabangsa dan akta pengawalan pencemaran udara persekutuan.

Ujian Kendiri

Apakah itu undang-undang dan bagaimana ia digubal?

Undang-undang boleh didifinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan. Bincangkan.

Pembentukan / penggubalan undang-undang melibatkan proses yang panjang dan kompleks. Apakah proses-proses yang perlu dilalui dalam penggubalan undang-undang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home