Thursday, July 13, 2006

Bab 7 : Privasi Pekerja

Pengenalan

Syarikat pastinya ingin melindungi kepentingannya, pekerja mereka dan pelanggan mereka dari sabarang musibah yang boleh dielakkan. Kerana itu, mereka percaya perlu mengetahui sejarah dan tabiat para pekerja mereka untuk mengelakkan penipuan, pembocoran maklumat sulit syarikat atau tindakan merbahaya pekerja mereka yang mungkin dilakukan akibat pengaruh alkohol dan dadah.

Adakah syarikat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat-maklumat sebegini atau adalah ia akan dianggap pencerobohan privasi pekerja meraka? Inilah isu yang akan dibincangkan dalam bab ini.


Objektif

Pada akhir bab ini, anda akan mampu:

1. Mengenal pasti hak-hak pekerja untuk privasi
2. Mengenal pasti dasar moral yang digunakan oleh syarikat dalam mengupah pekerja
3. Mengenal pasti contoh-contoh yang memungkinkan pencabulan privasi dibuat


7.1 Respecting Empolyee’s Rights to Privacy
(Menghormati hak Pekerja untuk Privasi)

Semua syarikat mempunyai hak untuk melindungi kepentingan syarikat dari penipuan, kebocoranmaklumat sehinggalah kerosakkan ke atas kemudahan syarikat, pekerja, pelanggan atau pengguna awam yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Menyedari pekerja mungkin menjadi punca kerosakkan ini, pengurus sentiasa perlu mengetahui sejarah peribadi pemohon-pemohon pekerja ke syarikat mereka. Sesetengah syarikat melaksanakan ujian pra-pekerjaan untuk melihat sejauhmana kejujuran pekerja mereka. Ujian polygraph (ujian mengesan pembohongan) contohnya, pernah digunakan oleh sesetengah syarikat untuk memantau calon pekerja mereka tetapi amalan itu kini dianggap menyalahi undang-undang.

Setakat mana majikan boleh menguji mereka?

Pengurus juga mungkin mahu memantau atau menghadkan aktiviti harian pekerja mereka untuk memastikan mereka tidak mengancam syarikat.

· Persoalannya, sejauh mana pengurus boleh menceroboh privasi pekerja atau calon pekerja mereka atas nama menjaga kepentingan syarikat?

· Adakah hak syarikat untuk melindungi kepentingan mereka akan sentiasa lebih diutamakan berbanding hak pekerja untuk mendapatkan privasi?


7.2 Substance Abuse

Tiada syarikat yang mahu d iletakkan dalam kedudukan yang terancam akibat pekerja mereka yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka kerana pengaruh dadah dan arak. Akibat penyalahgunaan dadah dan arak yang semaikn teruk sekarang ini, ramai majikan takut mereka terambil pekerja yang ketagih arak atau dadah. Kerana itu, ujian penggunaan dadah menjadi sebahagian dari keperluan dalam pengambilan pekerja baru dalam kebanyakkan perniagaan. Persoalannya, adakah syarikat mempunyai hak untuk melaksanakan ujian sebegitu?

Privasi bukanlah sesuatu yang langsung tidak boleh ‘dicerobohi’. Seseorang pemohon kerja akan sanggup menjalani ujian pengesanan penyalahgunaan dadah untuk membuktikan bahawa dia seorang pekerja yang berpotensi dan bukannya ancaman ke atas syarikat.

Demikian juga, jelas bahawa tindakan menjalankan ujian sebegini dibolehkan dari sudut moral memandangkan ia boleh dianggap satu langkah keselamatan apatah lagi bila ia melibatkan keselamatan pelanggan dan para pekerja lain. Bagaimanapun majikan yang ingin melaksanakan ujian sebegini harus memastikan bahawa:

· Ujian itu tepat. Pekerja juga boleh mengemukakan bukti (dalam kes tertentu) bahawa dia mengambil sejumlah ubat/dadah yang tidak dilarang atas nasihat doktor.

· Hasil ujian tersebut adalah sulit dan hanya boleh diketahui oleh orang-orang dalam syarikat yang berhak untuk tahu sahaja.

Sekiranya aspek-aspek tadi tidak diambil berat oleh majikan, maka meraka juga tidak berhak untuk menjalankan ujian tersebut.
Bagaimana dengan menjalankan ujian ke atas pekerja sedia ada?

Prinsip “Probable cause” berkemungkinan boleh dipakai. Prinsip ini membawa maksud ujian penyalahgunaan dadah sah dilaksanakan hanya sekiranya pihak majikan benar-benar pasti bahawa mutu kerja seseorang pekerjanya itu telah merosot akibat pengaruh dadah.

· Penyelia-penyelia pekerja telah dilatih dengan menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mengenal pasti tanda-tanda penyalahgunaan.

· Ia juga bermaksud ujian ‘after the fact’ iaitu ujian dilaksanakan selepas pekerja itu terlibat dengan kemalangan yang mencederakan orang lain atau kerosakkan harta benda yang agak besar.

· Ia mungkin memberikan sedikit kelegaan sekiranya dapat mengenal pasti pekerja yang telah mengakibatkan kemalangan maut di udara, keretap atau bas adalah diakibatkan mereka di bawah pengaruh dadah atau arak.

Kesimpulan ini menjelaskan mengapa majikan kadang-kadang terpaksa menjalankan ujian segegini secara rawak ke atas para pekerja mereka. Apatah lagi bidang kerja yang melibatkan kehilangan nyawa atau kemusnahan harta benda yang tinggi sekiranya pekerja mereka melakukan kesilapan.

Adakah ujian rambang begini dibolehkan? Ada uda keadaan dimana ia boleh dilaksanakan.

· Prasangka yang berasas bahawa seseorang pekerja itu ketagih dadah.

· Bukti sahih secara statistik yang menunjukkan kejadian penyalahgunaan dadah oleh pekerja tersebut.

Ujian sebegini harus dijalankan terutama dalam pekerjaan yang melibatkan keselamatan pekerja lain, pelanggan atau orang ramai secara umumnya mungkin terancam akibat kesilapan pekerja tersebut. Sekiranya ujian rambang sebegini memastikan ujian yang memuaskan hati semua pihak, ia dibilehkan secara moral selagi semua pekerja secara adil, berpeluang menjalani ujian tersebut.



7.3 Abusing Employees (Penderaan Pekerja)

Mungkin agak jarang berlaku seorang boss mengamuk dan mencaci maki pekerja bawahan mereka di hadapan pekerja-pekerja lain dalam satu mesyaurat/perjumpaan syarikat. Pekerja juga mungkin diancam akan kehilangan pekerjaan sekiranya tidak bersetuju mengenai:

· Memalsukan penyata kewangan

· Melayan permintaan hubungan seks dengan boss

· Lari dari tugas juri awam di mahkamh (di US sahaja)

· Membuat sumpah palsu bagi pihak syarikat

Contoh-contoh di atas adalah pelanggaran privasi yang sangat jelas. Memang perlu untuk memaklumkan kepada para pekerja sekiranya prestasi kerja mereka tidak memuaskan. Tetapu, ia bukanlah sesuatu yang harus diketahui oleh pekerja lain atau pegawai atasan yang tidak berkaitan secara terus dalam proses menyelia pekerja tersebut. Ia tidak harus dihebahkan.

Semua orang berhak untuk mempunyai reputasi yang baik. Mengancam pekerja supaya melanggar undang-undang adalah satu bentuk pencerobohan privasi pekerja, malah ia boleh menyebabkan mereka serba salah dan berada dalam keadaan yang merbahaya dari segi undang-undang.

Pihak Natural Law atau sesiapa juga yang mengutamakan hak manusia, contoh-contoh yang diberikan di atas adalah contoh penderan pekerja, pelanggaran hak asasi manusia, respek ke atas manusia dan kerana itu dianggap tidak bermoral. Besar kemungkinan. Pihak ‘Utilarian Moralist’ juga tidak akan bersetuju dengan penderaan sebegini ataupun mendakwa ia akan memberikan hasil yang memberikan hasil yang memuaskan akhirnya. Bagi pihak cultural relativism pula, pastinya tiada satupun adat atau kebiasaan masyarakat yang membenarkan perlakuan sebegini di tempat kerja.



Kesimpulan

Isi-isi penting yang berkaitan dengan privasi pekerja boleh diringkaskan seperti dibawah:

· Syarikat ingin melindungi kepentingan mereka, pekerja dan pelanggan mereka dari musibah yang boleh dielakkan. Kerana itu, mereka perlu mengetahui maklumat terperinci mengenai sejarah silam dan tabiat/perangai pekerja mereka untuk mengelakkan penipuan, pencurian atau tindakan merbahaya yang mungkin dilakukan oleh pekerja mereka.

· Ujian rambang boleh dilaksanakan hanya sekiranya ada bukti kukuh menunjukkan sejumlah pekerja menyalahgunakan arak atau dadah terlarang.

· Mencacimaki pekerja dikhalayak ramai kerana prestasi kerja yang tidak memuaskan adalah satu bentuk pencabulan privasi mereka. Semua orang berhak menjaga reputasi mereka dan hanya orang yang tertentu sahaja yang seharusnya dimaklumkan mengenai prestasi yang kurang memuaskan seseorang pekerja.

· Mengancam seseorang pekerja kerana enggan melakukan sesuatu yang tidak bermoral atau salah di segi undang-undang akan mengakibatkan mereka berada dalam keadaan merbahaya di sisi undang-undang dan ia juga satu bentuk pelanggaran privasi pekerja.

· Pihak natural law moralist akan menganggap semua jenis penderaan pekerja sebagai tidak bermoral sementara pihak utilarian moralist akan membenarkannya HANYA sekiranya terbukti hasil akhirnya membawa kebaikkan. Manakala pihak cultural relativist pula menilainya sekiranya komuniti dimana penderaan pekerja ini berlaku dapat bertolak ansur dengan perbuatan penderaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home