Thursday, July 13, 2006

Bab 8 : Kesetiaan Kepada Syarikat

Pengenalan

Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada para pekerja mereka. Kesetiaan di sini bermaksud suatu kewajipan moral para pekerja untuk melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin, mematuhi arahan-arahan dari pegawai atasan, memelihara kerahsiaan maklumat syarikat dan mengelakkan sebarang perlakuan yang mungkin menjejaskan kepentingan syarikat.


8.1 Apakah Makna Kesetiaan

Loyalty is prized virtue, at least as far as employee are concerned


Apabila seorang menerima suatu pekerjaan dengan satu syarikat, dia perlu setia kepada syarikat tersebut, sama ada semasa berkerja disitu dan kadang-kala selepas meninggalkan syarikat tersebut.


8.2 Peniup wisel

Whistle blowing di dunia perniagaan adalah seseorang yang menuduh rakan sekerjanya, penyeliaan atau pegawai syarikat tindakan tidak sah atau tidak moral

Terdapat 2 jenis whistle blowing:

· Dalaman - Jika tuduhan dibuat melalui talian penyeliaan atau saluran yang tertentu di dalam syarikat tersebut.

· Luaran – Sekiranya tuduhan tersebut dilaporkan kepada orang luar atau agensi-agensi diluar syarikat, seperti pihak berkuasa atau kepada media.

Whistle blowing dibolehkan dalam keadaan di mana seseorang dalam syarikat membuat/membiarkan aktiviti-aktiviti yang mungkin membahayakan para pekerja, pemegang saham ataupun orang ramai. Satu-satunya cara untuk menghentikan perbuatan tersebut ialah dengan memaklumkan kepada penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat tersebut atau sekiranya saluran tersebut dihalang, aduan boleh dibuat terus kepada pihak berkuasa atau pihak media.
· Bilakah whistle blowing dibolehkan secara moral?
· Adakah ia satu tanggungjawab moral?

Memandangkan jawapan kepada persoalan-persoalan ini bergantung sama ada whistle blowing dalaman atau luaran, kita akan membincangkan jawapannya secara berasingan.


8.2.1 Internal Whistel Blowing (Peniup wisel dalaman)

Mungkin berlaku apabila seseorang pengurus mengesyaki pengurus lain,

· Memalsukan akaun perbelanjaan
· Mengambil bayaran balik yang diberikan oleh pembekal
· Menggunakan bahan atau kemudahan syarikat untuk tujuan peribadi
· Mencuri bekalan atau peralatan syarikat
· Bekerja sambilan dengan syarikat pesaing

Seseorang pekerja boleh menganggap dengan menyebarkan whistle blowing, ia menunjukkan kesetiaanya kepada syarikat.

Adakah menyebarkan whistle blowing untuk individu-individu yang melakukan aktiviti salah laku di atas dibolehkan?

Jawapannya “sudah tentu”, namun beberapa aspek perlu diambil kira:

· Kesan/akibat dari salah laku tersebut ke atas syarikat adalah besar/signifikan.

· Peniup wisel itu jelas dan yakin dengan fakta-faktanya. Tuduhan tidak berasas mungkin akan menjatuhkan reputasi tertuduh, walaupun akhirnya tuduhan itu terbukti tidak benar.

· Peniup wisel juga harus memastikan sama ada salah laku tertuduh sudah diketahui oleh pihak atasan, mungkin melalui audit luaran atau siasatan dari pihak sekuriti syarikat

· Peniup wisel mungkin berkesan sekiranya menyelia cuba sedaya upaya menghentikan salah laku tersebut kerana percaya salah laku itu serius sebagaimana yang dianggap oleh peniup wisel tersebut.
· Peniup wisel juga harus sedar akibat dan tindakkanya/kesannya ke atas reputasi dan prospeknya dalam syarikat tersebut atau dalam bidang perniagaan secara umumnya.

· Adakah tindakannya akan dilihat sebagai lambang kesetiaan? Perkara remeh yang diperbesarkan? Akibat dendam? Ataupun peluang untuk menfitnah rakan sekerja demi meningkatkan peluang sendiri dalam kenaikan pangkat? Adakah peniup wisel akan dianggap sebagai pencetus masalah walaupun mereka baik?

· Akhir sekali, pengurus mungkin akan menyedari bahawa dalam beberapa keadaan (seperti menggunakan bahan/peralatan syarikat untuk kegunaan peribadi) mereka cuma perlu berhadapan dengan pesalah/tertuduh tersebut untuk menghentikan kegiataannya.


Adakah ia suatu kewajiban moral untuk menyebarkan whistle blowing terhadap rakan sepengurus yang lain?

Jawapan untuk persoalan ini bermula dengan mengatakan siapakah yang paling berkewajiban untuk mengawasi dan menyiasat sebarang tindakan meragukan yang dilakukan oleh para pekerja?

Sekiranya seorang pengurus menandatangani persetujuan dengan syarikat menyatakan kewajiban mereka untuk melaporkan melalui saluran-saluran sewajarnya, sebarang salah laku yang dikesan, maka ia menjadi satu kewajiban moral untuk menyebarkan whistle blowing tersebut mengikut keperluan. Tetapi perjanjian seperti ini adalah suatu yang sangat jarang didapati.

8.2.2 External Whistle Blowing (Whistle blowing Luaran)

Berlaku apabila pengurus/pekerja membuat laporan mengenai salahlaku syarikat kepada pihak berkuasa atau pihak media

· Bilakah tindakan ini diizinkan?
· Adakah ia suatu kewajiban?

Sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam ‘whistle blowing dalaman’ sebelum ini, berapa aspek ini perlu diperhatikan sebelum whistle blowing luaran dibolehkan.

· Harus dipastikan bahawa usaha telah dijalankan untuk memaklumkan salah laku tersebut kepada saluran dalaman syarikat terlebih dahulu. Pihak berkenaan harus diberikan peluang untuk menjelaskan tindakan mereka sebelum ia dimaklumkan kepada orang luar/orang ramai.

· Juga harus dipastikan bahawa pihak luaran seperti audit luar atau badan penguatkuasa lain gagal atau enggan melaporkan salah laku yang berlaku,

· Kes-kes besar seperti penipuan, penggelapan wang, keadaan kerja yang tidak selamat atau pembuangan bahan merbahaya yang membahayakan pemegang saham, pekerja ataupun orang ramai secara umumnya, harus diketengahkan.

· Tahap kerosakan yang mungkin diakibatkan oleh penyebaran whistle blowing luaran tersebut adalah sebanding dengan kesan yang mungkin diakibatkan oleh salahlaku tersebut terhadap syarikat.

Hanya setelah perkara-perkara ini diambil kira, barulah whistle blowing luaran diizinkan.

Adakah whistle blowing luaran menjadi suatu kewajiban moral? Kewajipan utama untuk pencegahan dan kesalahan menipu menjadi tangunggjawab penyelia. Seorang pengurus dalam operasi syarikat, semakin besar kewajiban yang dipikulnya. Seorang pengurus akan berkewajiban unyuk melaporkan salah laku kepada pihak luar sekiranya ia melibatkan sesuatu yang serius dan telah terbukti bahawa pengawasan yang sepatutnya masih gagal menghentikan salahlaku tersebut.

Di Amerika, peniup wisel oleh kakitangan kerajaan adalah dilindungi di sisi undang-undang dari dilucutkan jawatan. Kerajaan berpendapat peniup wisel sebagai seorang yang melaksanakan kesetiaannya kepada syarikat. Dalam sektor swasta pula, penyebar maklumat hanya dianggap sebagai pemberi maklumat ‘informer’.

8.3 The Morality of Firing Whistle Blowers
(Memecat peniup wisel)


Adakah syarikat dibenarkan untuk memecat, menurunkan pangkat atau memendekkan tempoh perkhidmatan peniup wisel? Tiada undang-undang yang membolehkan peniup wisel untuk dipecat sekiranya terbukti bahawa mereka melaporkan salah laku yang benar-benar berlaku dan telah cuba untuk melaporkan melaluu saluran yang sepatutnya dan hanya melaporkan kepada pihak luar sebagai satu langkah terakhir.

Sesebuah syarikat dibolehkan mengambil tindakan ke atas pekerja yang dengan sengaja menipu mengenai sesuatu kes, memberikan maklumat palsu agar sesuatu kejadian itu kelihatan lebih serius berbanding keadaan sebenar ataupun menyebarkan whistle blowing hanya sebagai satu langkah membalas dendam ke atas rakan sekerja atau penyelia, ataupun sebagai satu langkah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap polisi syarikat yang tidak dipersetujuinya ataupun melakukkanya untuk memburuk pesaing rakan sejawatan yang sedang bersaing untuk satu jawatan yang sama.

Peniup wisel, sama ada dalaman atau luaran dianggap melakukan sesuatu yang bermoral sekiranya mereka berniat untuk menghalang sebarang musibah yang mungkin berlaku kepada orang ramai atau ke atas alam sekitar. Musibah yang mungkin dibenarkan oleh pegawai-pegawai syarikat. Maka adalah sesuatu yang tidak adil dan jelas tidak bermoral untuk menghukum seseorang yang melakukan tindakan yang bermoral semata-mata untuk membalas dendam atau mengambil hati pihak atasan yang tidak suka perbuatan yang tidak suaka perbuatan ‘membuka pekung di dada’ dalam syarikat mereka.


8.4 Apa yang tidak dimaksudkan dengan kesetiaan.

Kadang-kadang pengurus beranggapan bahawa kesetiaan itu termasuklah perbuatan ‘menutip’ kesalahan serius atau salahlaku yang dilakukan oleh bos. Tanggapan ini adalah tanggapan yang salah.

Seseorang pengurus bertanggungjawab secara terus kepada pemilik perniagaan dan ia adalah sesuatu yang menyalahi tanggungjawab sekiranya mereka menutup tindakan penyelia yang mungkin memberi kesan buruk keatas kepentingan pemilik peniagaan.

Pekerja harus melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh penyelia mereka dan memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Mereka juga bertanggungjawab untuk memaklumkan majikan mengenai tindakan seseorang pekerja atau sekumpulan pekerja yang mungkin memberi kesan buruk ke atas operasi majikan. Tetapi, salahlaku majikan juga tidak seharusnya dibiarkan.


Ringkasan

Isi penting untuk diingati:

· Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan pekerja mereka.

· Pengurus mempunyai kewajiban moral untuk setia kepada majikan mereka sekiranya kesetiaan itu bermakna menyempurnakan sebaiknya, mematuhi arahan pihak atasan, memelihara kerahsiaan maklumat syarikat dan mengelakkan sebarang pelakuan yang bertentangan dengan kepentingan syarikat.

· Pekerja tidak perlu setia kepada majikan yang melakukan jenayah atau tindakan tidak bermoral seperti membuang sisa toksid di kawasan bekalan air, menyiarkan iklan palsu, menganggu, memendekkan tempoh perkhidmatan atau memecat pekerja tanpa sebab yang berkaitan dengan pekerjaan.

· Pengurus/pekerja tidak harus menggunakan kesetiaan sebagai rasional/alasan untuk mereka bersubahat dengan pihak atasan melakukan tindakan salah laku.

· Keputusan untuk menyebarkan whistle blowing kepada pihak luar syarikat dibolehkan sekiranya aduan menggunakan saluran dalaman telah dilakukan atau sekiranya pihak atasan syarikat telah dimaklumkan mengenai salah laku yang berlaku tetapi enggan mengambil tindakan atau membetulkan keadaan yang mungkin boleh menyebabkan bahaya ke atas pemegang saham para pekerja ataupun kepada orang ramai.

· Peniup wisel yang mendedahkan salah laku dalam syarikat yang melibatkan kes-kes yang serius yang membahayakan orang ramai atau alam sekitar dan ianya tidak boleh diberhentikan melalui saluran aduan dalaman syarikat tidak seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak atasan syarikat. Mengambil tindakan sedemikian ke atas peniup wisel yang melakukan sesuatu yang dianggap benar adalah sesuatu yang tidak adil.
Tanggapan bahawa kesetiaan itu termasuklah menutup kesalahan dan tingkah laku yang dilakukan oleh pihak atasan adalah satu tanggapan yang salah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home